Ya, betul.
Tapi kehidupan selepas kahwin tu berlaku setiap hari untuk berpuluh tahun.
Bila orang bincang pasal wedding, selalunya fokus dekat benda yang nampak: dewan, pelamin, baju, makeup, photographer, makanan, doorgift dan macam-macam lagi.
Tapi jarang orang duduk dan kira betul-betul keseluruhan kos secara jujur. Sebab bila mula list satu-satu, baru sedar banyak benda sebenarnya:
Venue. Catering. Pelamin. Baju nikah. Baju sanding. Makeup artist. Photographer. Videographer. Kad jemputan. Hantaran. Doorgift. PA system. Kompang. Emcee. Kereta pengantin. Homestay saudara mara. Honeymoon.
Dan macam-macam lagi kos kecil yang akhirnya jadi besar.
Ada pasangan yang asalnya plan RM 30k, hujung-hujung jadi RM 60k sebab: “Ala tambah sikit jer.”
Hakikatnya dalam wedding, “tambah sikit” ni yang selalu membunuh bajet. Yang lagi bahaya bila semua keputusan dibuat berdasarkan expectation orang lain.
Takut orang mengata. Takut nampak biasa. Takut dibandingkan dengan wedding orang lain.
Sedangkan ramai orang yang datang makan kenduri tu, lepas balik rumah pun lupa apa warna pelamin kita.
Aku rasa ramai underestimate macam mana permulaan kewangan selepas kahwin boleh bagi kesan besar kepada relationship.
Sebab lepas semua majlis selesai, realiti sebenar bermula.
Sewa rumah. Deposit rumah. Barang rumah. Bil bulanan. Kereta. Anak. Emergency. Komitmen keluarga.
Kalau baru kahwin dah start dengan:
kad kredit penuh
personal loan wedding
simpanan kosong
emergency fund tak ada
…beban tu akan ikut lama.
Tak salah nak buat wedding besar kalau memang mampu.
Kalau cashflow kukuh, simpanan cukup, komitmen terkawal dan memang itu yang kita nak, silakan. Nikmatilah momen tu.
Tapi jangan sampai majlis yang cuma beberapa jam tu menyebabkan tekanan kewangan bertahun-tahun.
Sebab ramai orang ingat checklist wedding habis dekat pelamin dan makanan.
Padahal checklist paling penting sebenarnya:
“Lepas kahwin nanti hidup macam mana?”
Masih ada emergency fund? Masih ada simpanan? Masih mampu hidup tanpa bergantung pada hutang?
Wedding bukan competition. Ia cuma permulaan kepada satu partnership jangka panjang.
