Dalam kes ni, percaya macam mana pun dekat si isteri, si suami sepatutnya simpan duit untuk persaraan sendiri, ada simpanan kecemasan, etc dan ambik polisi hospitalization. Lepas tu kalau semua yang basic tu dah setel, nak bagi remaining kepada isteri untuk dia manage should be ok. Jadi kalaulah memang dia tak menyimpan langsung, dia masih ada benda yang dia boleh fallback to bila income terjejas.
Kalau ikut budaya dekat Jepun, memang ada keluarga yang suami keluar bekerja dan bila dapat gaji dia bagi 100% dekat si isteri untuk uruskan kewangan keluarga. Lepas tu isteri akan urus:
– bayaran rumah
– bil
– simpanan
– pendidikan anak
– perbelanjaan harian
Dan suami pula akan dapat “duit poket” bulanan yang dipanggil okozukai untuk makan tengah hari, hobi, lepak dengan kawan, dan belanja peribadi.
Sistem ni wujud sebab dulu budaya kerja dekat Jepun sangat kuat. Ramai suami kerja panjang jam dekat office, jadi isteri yang lebih banyak urus rumah tangga dan kewangan keluarga. Dalam banyak kes, isteri dianggap “CFO keluarga”.
Tapi bila orang luar dengar, kadang-kadang diaorang rasa macam:
“Eh, kesian suami kena mintak duit sendiri.”
Padahal untuk banyak keluarga Jepun, diaorang tengok itu sebagai pembahagian peranan, bukan hilang kuasa.
Secara peribadi, walaupun isteri aku kampung dia dekat Jepun, kitaorang tak praktis pun budaya ni. Aku yang uruskan kewangan keluarga dan bagi dia duit untuk dia belanja, dan bagi kad kredit (supplementary) untuk dia pakai untuk perbelanjaan rumah. Kalau ada apa2 dia nak beli (selain dari perbelanjaan biasa), dia akan bagitau (sebab kalau tak nanti aku nampak jugak kan dalam statement kad kredit).
Aku rasa semua orang kena ada duit / aset dia sendiri. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi.
Aku ada jer klien yang isteri suri rumah, dan dapat nafkah bulanan dari suami dia. Tapi isteri dia simpanan sendiri banyak, sebab dia tak belanja pun nafkah yang suami dia bagi, sebab semua benda yang dia perlukan, memang suami dah tolong belikan.
Tapi ada juga yang isteri tak aset langsung, mungkin sebab tak dapat nafkah wang ringgit (tapi suami cover semua), ataupun memang si isteri kalau dapat duit pun dia belanja habis.
Kalau suami dan isteri kedua2 berkerja, aku selalu nampak aset isteri akan lagi banyak dari suami, kerana suami akan cover semua keperluan asas. Jadi kalau isteri pandai control perbelanjaan diri dia sendiri, tak susah untuk dia simpan duit extra dari gaji dia tu.
Tak ada satu sistem yang confirm paling betul untuk semua orang. Yang penting sistem tu sesuai dengan perangai, disiplin, dan matlamat hidup pasangan tu sendiri.
