rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Tunang minta buat loan RM 100k untuk bantu projek terbaru yang di dapat

Ada seorang cikgu ni share yang tunang dia kontraktor. Diaorang dah kahwin 3 bulan lagi, dan tunang dia minta buat loan RM 100k untik bantu projek terbaru yang dia dapat.

Soalan dia, patutkah saya tolong dia?

Siapa kerja kerajaan ni memang senang dapat loan. Kadar keuntungan pun rendah. Sebab tu lah saya dah jumpa banyak kes penjawat awam yang ada banyak personal loan, lagi2 kes yang ambik sebab suami mahupun keluarga minta tolong ambikkan.

Nasihat dari peguam tu tolong ikut. Jangan sekali2 apply loan untuk orang lain. Kang orang tu tak bayar, yang menanggungnya kita.Tak kisah lah tunang ke, bapa ke, atuk ke, suami ke, anak ke. Tak payah.

Lagi bagus takyah ambik hutang terus. Hidup dengan apa yang ada. Tak cukup duit cari, kalau tak jangan beli dulu. Insyaallah hidup boleh lagi tenang.

Nasihat pada si tunang tu. Projek tu kalau kita tak mampu nak buat, jangan pergi ambik. Dah banyak dah tengok usahawan happy sebab dapat projek besar, tapi kewangan syarikat sendiri tak kukuh. Lepas start projek tu, masalah kewangan syarikat mula timbul satu demi satu.

Dari boleh bayar gaji pekerja on time tiap2 bulan, tarikh bayar tu makin anjak ke belakang. Dari carumkan EPF, mula culas bayar EPF. Supplier mula tak nak bagi barang sebab payment sebelum ni kita tak bayar lagi. Bukannya takde duit, tapi payment dari projek besar yang kita ambik tu tak dapat2 lagi.

Kalau bisnes sendiri tak kukuh untuk dapatkan pembiayaan tu (tak kisah dari bank ke, dari P2P ke), takyah lah proceed. Sebab memang tunjuk bisnes kita memang tak ready dari segi kewangan untuk nak execute projek tu.

Tapi nak tanya, sebenarnya yang post asal tu, cikgu tu yang tanya ke sahabat kepada cikgu tu yang tolong tanya on behalf. Sebab statement last tu kasi pening sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *