rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Tahun lepas, saya sendiri berdepan dengan dua situasi kehilangan klien.

eorang pergi pada bulan September.

Seorang lagi pada bulan Disember.

Dua-duanya masih dalam fasa kehidupan yang aktif, di mana mereka bekerja, ada komitmen, ada tanggungan, ada hutang yang masih berjalan.

Tapi yang membezakan adalah apa yang mereka tinggalkan selepas mereka pergi. Dalam kedua-dua kes, keluarga mereka tidak mewarisi beban.

Mereka mewarisi kelegaan.

Bayangkan situasi pertama. Semasa hidup, komitmen bulanan mencecah sekitar RM11,000.

Ada dua rumah, dengan perlindungan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) di mana satu penuh, satu lagi separa. Kalau ikut keadaan asal, masih ada gap. Tapi sebab dah buat kiraan awal, dia sendiri buat keputusan untuk tambah perlindungan bagi cover baki yang tak cukup. Ditambah pula dengan polisi hibah khusus untuk isteri.

Akhirnya bila dia tiada, bukan sahaja rumah selesai bahkan tiada satu pun komitmen hutang yang perlu disambung oleh keluarga.

Kes kedua pula lebih kompleks.

Ada rumah.

Ada personal loan.

Ada kereta.

Ada ar rahnu.

Setiap satu ada exposure. Sebahagiannya dilindungi melalui MRTT dan takaful pinjaman. Sebahagiannya tidak.

Tapi bezanya, sebab dia merancang, dia sedar. Dan bila sedar, dia ambil tindakan.

Dia tambah perlindungan untuk cover ar rahnu.

Dia pastikan personal loan ada perlindungan.

Dia kenalpasti semua “loose ends” sebelum terlambat.

Hasilnya sama. Bila dia pergi, keluarga dia tidak perlu memikul hutang yang dia tinggalkan.

Ini yang ramai orang salah faham. Ramai ingat perancangan kewangan ni hanya tentang:

nak jadi kaya

nak capai financial freedom

nak ada portfolio berjuta

Semua tu betul. Tapi sebelum semua tu, perancangan kewangan sebenarnya adalah tentang melindungi orang yang kita sayang daripada kesan keputusan kewangan kita.

Hakikatnya, hampir semua orang ada hutang.

Rumah.

Kereta.

Kad kredit.

Pinjaman peribadi.

Soalannya bukan “ada atau tak ada hutang”. Soalannya adalah:

Kalau kita tak ada esok, siapa yang akan tanggung semua tu?

Dalam dua cerita ni, jawapannya jelas:

Tiada siapa. Sebab semuanya dah dirancang.

Perancangan kewangan yang menyeluruh bukan sekadar kira simpanan dan pelaburan.

Ia termasuk:

Kenalpasti semua liabiliti

Faham apa yang dilindungi dan apa yang tidak

Kira gap perlindungan

Ambil tindakan untuk tutup gap tersebut

Bukan over-insured.

Bukan under-insured.

Cukup untuk memastikan keluarga boleh teruskan hidup tanpa tekanan kewangan yang kita tinggalkan.

Akhir sekali, benda paling penting yang saya nampak daripada dua kes ni bukan jumlah pampasan. Tapi ketenangan yang ditinggalkan. Isteri dan anak-anak tak perlu fikir:

“Macam mana nak bayar rumah bulan depan?”

“Apa nak jadi dengan hutang-hutang ni?”

Mereka boleh fokus kepada proses berduka dan macam mana nak meneruskan hidup. Itu sebenarnya nilai sebenar perancangan kewangan.

Bukan pada masa kita hidup semata-mata. Tapi pada apa yang berlaku kepada keluarga kita bila kita dah tiada.

Cerita macam ni selalu buat orang rasa tak selesa.

Sebab ia mengingatkan kita tentang satu realiti yang kita selalu cuba elakkan sebab kita semua tak tahu bila masa kita akan pergi.

Tapi dalam masa yang sama, cerita macam ni jugalah yang paling jelas menunjukkan apa sebenarnya fungsi perancangan kewangan yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *