rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Polisi insurans ni rasa membebankan jadi kami simpan duit dalam bentuk emas untuk digunakan bila diperlukan nanti

Dengan kenaikan harga barang, pendapatan yang tak naik selari dengan kos sara hidup, beban hutang yang makin bertambah (tak kisahlah sebab sendiri punya salah atau tak), satu trend yang selalu nampak adalah orang akan komplen pasal insurans/ takaful.

Kenapa ni jadi benda pertama yang orang komplen?

Sebab dia rasa perlindungan ni tak bernilai, sebab tu ramai orang akan guna perkataan beban bila cakap pasal keperluan takaful ni.

Ada juga yang akan mengutarakan yang bila kita ambik takaful ni, kita percaya dekat dia bukan kepada kuasa Allah.

Macam kes ni, dia rasa membebankan tanpa share details kenapa membebankan. Dia cakap bayar bulan2 dekat syarikat takaful macam bayar gaji dekat diaorang padahal Allah yang tentukan kita sihat atau sakit.

Jadi sekarang, dia bertawakkal kepada Allah, semoga2 dia tak perlu takaful ni sebagai talian hayat.

Pada masa yang sama, dia ada nasihat tambahan, duit bayar takaful tu tukar jadi emas fizikal dan bila dia perlu nak gunakan insyaallah boleh membantu dia.

Komitmen takde, harga emas terus meningkat.

Komen aku?

1. Taknak perlindungan hak kita. Takde siapa paksa kita untuk ambik. Benda ni tak wajib pun. Taknak ambik sudah. Selagi tak menyusahkan orang lain Jangan nanti kalau kena apa2, minta pula bantuan dari orang ramai, kan dah menyusahkan orang lain.

2. Takaful perubatan pun sekarang masih ada alternatif, boleh pergi hospital kerajaan (tak 100% free), tapi jangan komplen dekat media sosial yang servis lambat ke apa… sebab tu pilihan yang kita sendiri buat

3. Nak simpan duit dalam emas boleh, harga emas tak sentiasa meningkat. Boleh jer turun, tanya lah orang yang beli emas dekat puncak sebelum perang mula hari tu. Kalau masa nak guna, harga emas turun, jangan komplen. Sebab kita yang buat keputusan macam tu.

Kita nak ambik apa2 keputusan boleh jer, itu hak kita. Tapi sebelum nak bertawakkal kepada Allah, usaha tu kena ada dulu.

Akhir kata, kenapa aku sebut jangan komplen banyak kali, sebab dengan post ni pun dah nampak dia kaki komplen. Jadi kalau apa2 jadi insyaallah dia akan komplen lagi dekat media sosial lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *