Bila bercakap tentang perancangan kewangan untuk anak OKU yang sudah dewasa, ini bukan sekadar soal “nak tinggalkan berapa banyak duit”.
Soalan yang lebih penting sebenarnya ialah:
“Macam mana sistem kewangan tu akan terus jaga anak kita bila kita dah tak ada?”
Ramai ibu bapa ada niat yang sangat baik. Nak pastikan anak cukup makan, cukup tempat tinggal, cukup rawatan. Tapi kalau tak ada struktur yang betul, duit yang ditinggalkan boleh jadi tak cukup, susah diurus, atau lebih teruk mungkin disalahgunakan oleh orang2 lain.
Jadi pendekatan yang lebih selamat ialah bina satu sistem lengkap, bukan sekadar kumpul harta.
Pertama, bina aliran pendapatan yang konsisten
Daripada fikir jumlah lump sum, lebih baik fikir:
“Berapa anak saya perlukan setiap bulan, dan dari mana duit tu akan datang?”
Pengiraan untuk duit yang diperlukan oleh anak kita tu, sama jer macam kita nak kira amaun yang kita perlukan untuk persaraan. Nak tahu start bila, berapa yang perlu untuk kelangsungan hidup dia, berapa lama expectation nak guna duit tu, dan berapa pulangan yang kita assume.
Matlamat dia hanya satu, pastikan ada “income” yang masuk setiap bulan, bukan bergantung pada simpanan yang makin lama makin susut.
Kedua, gunakan struktur trust (ini sangat penting).
Ini antara perkara yang ramai terlepas pandang.
Kalau hanya letak nama anak dalam wasiat, atau serahkan pada adik-beradik untuk uruskan, ia sangat bergantung pada individu. Risiko dia tinggi dalam jangka masa panjang.
Dengan trust:
Duit diasingkan khas untuk anak
Ada trustee yang uruskan agihan (contoh: elaun bulanan, perubatan, penjagaan)
Ada garis panduan jelas macam mana duit tu digunakan
Di Malaysia, ramai guna perkhidmatan seperti Amanah Raya Berhad atau syarikat trust swasta. Hanya nak set up dan uruskan ni, semuanya pakai duit.
Ini bukan soal tak percaya keluarga. Ini soal memastikan sistem tetap berjalan walaupun keadaan berubah.
Ketiga, pastikan ada tunai segera (liquidity)
Bila ibu bapa meninggal dunia, proses harta pusaka ambil masa. Kalau tiada duit segera:
Siapa nak tanggung kos harian? Siapa nak bayar penjagaan atau rawatan?
Sebab itu penting:
1. Hibah takaful yang dah di letakkan absolute assignment kepada takaful trust yang kita dah set up, lepas settle claim, bahagian untuk anak OKU kita dah masuk trust.
2. Penamaan KWSP yang betul. Walaupun masih kena tunggu faraid, sebahagian dari duit dalam EPF tu boleh digunakan (tapi kena track oleh orang yang menguruskan tu). Ini bagi “nafas” sementara sistem lain sedang diproses.
Lainlah kalau kita dah set up living trust sebab kita memang banyak aset, jadi semua aset tunai / aset tetap yang perlu untuk anak OKU kita tu dah siap dalam trust dan diuruskan secara professional oleh pihak trustee.
Keempat, lantik penjaga (guardian) secara rasmi
Untuk anak OKU dewasa yang mungkin tidak mampu membuat keputusan sendiri, ibu bapa boleh mohon melalui JKM untuk lantikan penjaga.
Penjaga ini akan bantu dari segi:
Keputusan perubatan
Tempat tinggal
Hal-hal kebajikan harian
Tanpa pelantikan ini, banyak perkara boleh jadi rumit dari segi undang-undang. Tapi kalau nak lantik orang yang kita kenal / boleh harap pun takpe. Cuma make sure dah lantik secara sah sebab senang dia nak buat apa2 urusan nanti. Tapi urusan kewangan akan jatuh kepada trustee, jadi ada proper check and balance.
Kelima, rancang siapa yang akan jaga secara fizikal.
Duit boleh bantu, tapi duit tak boleh menggantikan manusia.
Perlu jelas:
Anak akan tinggal dengan siapa?
Siapa yang akan jaga harian?
Apa pelan sandaran kalau orang tu tak mampu lagi?
Ini boleh ditulis dalam Letter of Intent, bukan dokumen undang-undang, tapi sangat penting sebagai panduan. Ataupun kita tulis siap2 dalam wasiat kita siapa yang kita nak jaga anak kita tu.
Keenam, manfaatkan bantuan kerajaan
Ramai tak sedar, anak OKU yang berdaftar boleh dapat:
Elaun bulanan
Sokongan perubatan
Pelepasan cukai untuk penjaga
Sebab itu penting untuk pastikan pendaftaran dengan JKM dibuat. Kesilapan paling biasa. Ramai keluarga buat keputusan ini:
“Tak apa, kita serah saja semua pada anak sulung. Dia boleh jaga.”
Niat memang baik. Tapi realitinya:
Kehidupan berubah
Komitmen bertambah
Tekanan kewangan datang
Dalam 10–20 tahun, benda boleh jadi sangat berbeza.
Bukan sebab orang tu jahat. Tapi sebab sistem tak dibina.
Cara fikir yang lebih tepat. Jangan tanya: “Berapa banyak aku perlu tinggalkan?”
Tapi tanya: “Sistem apa yang akan terus menjaga anak aku bila aku dah tak ada?”
Bila ada:
Aliran pendapatan
Struktur trust
Penjaga yang jelas
Dana kecemasan
Pelan penjagaan
Barulah kita boleh kata kita benar-benar dah “jaga” masa depan anak tu.
Ni kira general guidelines untuk siapa2 yang mempunyai anak OKU dan tengah fikir macam mana nak uruskan anak2 ni selepas ketiadaan mereka.
Kalau nak lagi spesifik untuk keadaan masing2, yang tu saya takleh nak share dengan media sosial sebab dah masuk bahagian specific advice. Kalau nak boleh PM tepi dan kita bincang dengan lebih lanjut dekat situ nanti.
Harap apa yang dah di share ni dapat bantu ibu bapa yang ada anak OKU untuk cari jalan macam mana nak uruskan anak2 mereka selepas ni.
