rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa boleh dapat dengan 16 jam setahun?

Soalan ni nampak simple, tapi sebenarnya deep.

16 jam setahun = lebih kurang 1 jam sebulan + sikit je.

Nampak kecil. Ramai orang akan rasa,

“Alah… sikit sangat ni. Apa sangatlah aku boleh buat dengan 16 jam setahun?”

Tapi kalau aku cakap,

“Untuk ubah hidup kewangan kau 5–10 tahun akan datang, aku cuma perlukan 16 jam setahun dari kau.”

Nak dengar ke?

Hakikatnya, 16 jam setahun ni lah masa yang klien aku ‘invest’ setiap tahun untuk kukuhkan kewangan diaorang.

Macam mana jadi 16 jam?

Kita jumpa 8 kali setahun

Setiap sesi ±2 jam

2 jam × 8 sesi = 16 jam setahun

Dengan “invest” 16 jam ni, apa yang kita buat?

Aku akan:

– Review kewangan secara menyeluruh (sebab semua data dah ada)

– Sediakan financial plan yang jelas

– Tunjukkan kedudukan semasa & gap ke arah matlamat

Dan yang paling penting, kita akan menyusun langkah demi langkah untuk membetulkan kewangan, termasuk,

Susun semula cashflow

Kurangkan beban hutang

Review simpanan & pelaburan

Betulkan perlindungan (takaful/insurance)

Rancang harta pusaka

Optimize cukai & zakat

Pendek kata, kita kemas keseluruhan “financial life” kau.

Dengan 16 jam setahun ni juga,

kau boleh elakkan kesilapan besar yang boleh cost:

👉 Puluh ribu

👉 Atau ratusan ribu ringgit

Contoh kesilapan biasa:

– Sign loan tanpa faham

– Beli ikut emosi

– Kejar “peluang” yang nampak cantik tapi sebenarnya risky

Kadang bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kita tak pernah pause dan fikir betul-betul.

Dalam 16 jam tu juga, kita bina sistem:

– Auto saving

– Struktur kewangan yang jelas

– Perlindungan yang betul

Lepas tu?

Sistem tu akan jaga kau bertahun-tahun. Perubahan ni bukan nampak minggu depan.

Tapi 5–10 tahun akan datang, bezanya sangat besar.

Orang yang “labur” 16 jam setahun untuk diri dia, akan berada di tempat yang sangat berbeza berbanding orang yang tak pernah buat.

Masalah sebenar bukan tak ada masa. Masalah sebenar, kita tak nampak nilai masa yang kecil.

Kita sanggup:

Scroll berjam-jam. Tengok benda yang tak tambah apa-apa. Tapi tak sanggup labur 16 jam setahun untuk hidup sendiri.

16 jam setahun tak akan ubah hidup kau overnight. Tapi boleh elakkan kau rosakkan hidup sendiri secara perlahan-lahan.

Dan itu sebenarnya jauh lebih penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *