rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Anak perlu monetize bakat dan celik kewangan lebih awal supaya mereka boleh belajar bidang yang diminati tanpa perlu merit & loan

Ternampak post ni tadi masa scrolling dkt FB. Berenti jap, nak baca dua tiga kali sebab takut tersalah baca. Tapi lepas baca dua tiga kali pun nampak macam tak salah baca.

Apa yang saya setuju dengan post ni?

1. Anak perlu celik kewangan lebih awal. Benda ni logik. Sebab sekarang ni ramai orang dewasa tak celik kewangan sebab kita tak pernah belajar secara formal masa kita membesar dulu. Masuk2 kerja, terus pegang duit, dan pandai2 lah nak hidup. Kalau buat salah, belajar dari kesalahan tu. Ulang sampai berjaya atau tak sampai mati.

2. Anak perlu monetize bakat. Part ni kalau diaorang yang nak buat. Bukan sebab kita paksa atau sebab kita nak ambik kesempatan atas bakat yang anak ada tu. Anak bukanlah pelaburan di mana kita patut dapat RoI sebab kita dah bela, keluarkan duit untuk besarka diaorang. Anak adalah tanggungjawab.

3. Diaorang boleh belajar bidang yang diminati tanpa loan. Part ni betul (part tanpa merit tu kurang setuju). Golongan T20 dan sebahagian dari M40 mungkin ada kebolehan nak simpan duit untuk pendidikan anak2 diaorang nanti supaya diaorang boleh belajar apa saja yang diaorang nak. Kalau yang B40 mungkin tak mampu nak buat, sebab tu lah ada bantuan pendidikan macam biasiswa, dan pembiayaan pendidikan macam PTPTN untuk bantu siapa2 yang memerlukan bantuan untuk sambung belajar nanti.

Part yang saya tak setuju?

Anak kena generate duit dan pandai jaga duit supaya diaorang boleh belajar apa diaorang nak merit & loan. Bila separatekan statement asal, setiap bahagian tu logik. Tapi bila gabung semua jadi satu penyata, tiba2 jadi macam statement yang kurang relevan bagi saya.

Dah tu, apa tugas mak bapak? Goyang kaki? Anak pula kena usaha untuk cari duit untuk belajar apa yang dia nak?

Pelik juga bila baca tadi. Sebab tu saya baca sampai dua tiga kali, sebab takut maksud dia tak sampai, atau saya tak tersalah faham.

Nak simpan duit untuk anak2 sambung belajar? Kalai start masa diaorang lahir, terus buka akaun SSPN, letak RM 8,000 setahun, dah ada RM 209k dah masa diaorang umur 18 nanti. Pengecualian cukai pun dapat buat masa sekarang). Jumlah ni cukup untuk sambung belajar dekat private buat seorang anak. Kalau belajar dekat universiti awam, untuk 2-3 anak masih cukup.

Kalau takleh letak RM 8,000 setahun, letak lah RM 100 sebulan. Lepas 18 tahun dapat RM 31k. Boleh cover kos tuisyen dekat uni awam untuk 3-4 tahun. Kos sara hidup, anak boleh kerja part time untuk cover keperluan dia.

Ini kalau kita mampu nak simpan. Kalau tak, boleh jer jumpa pusat zakat, minta bantuan untuk anak sambung belajar (kalau kita termasuk dalam golongan yang perlukan bantuan).

Jadi ada jer opsyen yang kita boleh guna, tanpa perlu suruh anak monetize bakat supaya diaorang boleh tanggung pendidikan diaorang sendiri dalam bidang yang diaorang minat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *