rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Syarikat insurans tak boleh sewenang-wenangnya tolak tuntutan pesakit

“Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata pihak berkuasa sedang merangka pengenalan mekanisme ‘no look-back’ bagi melindungi hak pengguna.

Melalui klausa berkenaan, katanya, selepas satu tempoh perlindungan berterusan dipersetujui, syarikat insurans dan pengendali takaful tidak lagi dibenarkan menolak tuntutan pesakit atas alasan penyakit sedia ada.

Tegasnya, ia juga akan menghalang penolakan tuntutan berikutan kegagalan pendedahan penyakit masa lalu.

“Bagi pemegang polisi, ini memberikan kepastian jangka panjang dan keyakinan perlindungan mereka akan terpelihara apabila mereka memerlukannya,” katanya kepada BH dalam satu temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Beliau berkata, arah tuju produk baharu itu amat jelas yang mana ia tidak akan berfungsi seperti produk perlindungan perubatan swasta semasa yang kadang kala menolak tuntutan atas sebab teknikal.

Beliau menjelaskan, pelan yang dikawal selia itu bertujuan menawarkan tahap perlindungan yang jauh lebih inklusif, wajar dan berterusan kepada segenap lapisan rakyat.”

Bagi aku ni satu langkah yang bagus. Tapi sebenarnya, sekarang ni pun dah ada langkah yang pemegang polisi boleh ambil kalau diaorang punya claim kena reject, iaitu bawak kes tu pergi FMOS (Financial Markets Ombudsman Service).

Pengalaman aku sendiri liaise dengan syarikat insurans dan takaful ni bukannya semua takde isu. Tapi kena tahu macam mana nak berurusan dengan diaorang untuk tegakkan hak klien2 kita.

Beberapa tahun lepas, ada seorg klien aku kena reject MRTT claim dia dari satu syarikat takaful. Masa tu dia baru mula engage dengan aku. Klien aku ni stroke survivor. Dia ada tiga polisi yang cover hayat dan TPD lebih dari RM 2 juta tapi semua polisi ni dia ambik dengan orang lain dan bukan dari aku.

Tapi sebab dia klien financial planning aku, bila dia kena reject tu, aku cakap jangan risau. Aku akan tolong dia dengan submission tu sampai settle.

Masa tu salah satu syarikat takaful dah pun approve claim dia. Sebab tu dia bengang bila lagi satu syarikat tu reject claim dia.

Pegawai siap cakap, claim awak ni tak boleh approve, dan kalau tak puas hati boleh pergi report dkt BNM.

Aku bagitau dekat klien. Relax dulu. Kita rangka strategi dulu.

1. Kita settlekan claim dari syarikat lagi satu dulu (dapat approval)

2. Pergi SOCSO untuk claim pencek ilat (dapat approval juga)

Dah settle dua2 tu, compile submission dari dua lagi company dengan SOCSO, kita pergi balik dekat company yang reject tu. Tapi tak pergi dekat pegawai yang sama (yang tu sebab MRTT dia pergi dekat pegawai bank). Kali ni kitaorang tolong submit direct dekat claims department yang liaise dengan firm aku.

Aku bagitau dekat klien, kalau tak lepas, baru kita bawak naik ke BNM.

Alhamdulillah, claim approved, dia ada minta dokumen tambahan, dan lepas submit tu, MRTT claim approved dan klien pun happy sebab dah settle.

Kadang2 staf pandai2 buat keputusan sendiri, bukannya takleh approve tapi memandai. Kalau korang tahu betapa takutnya bank dengan syarikat takaful kalau sebut nama BNM, kerja claim ni jadi lagi mudah (provided memang ada kes yang strong lah untuk korang nak menang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *