Sebab, diaorang cakap suami ada pesan, kalau dia takde semua harta belah family dia boleh ambik.
Apa nak buat kalau jadi kes macam ni dekat kita nanti?
Pertama sekali, tarik nafas dalam2. Takyah nak panik. Check dulu arwah ada sediakan wasiat bertulis ke tak? Kalau takde, tak tahu, kemungkinan besar takde wasiat bertulis.
Kalau ada, tengok apa yang tertulis dalam wasiat tu, apa pesanan arwah. Apa2 pun, kena faham, harta pusaka orang islam tertakluk kepada hukum faraid. Di mana setiap waris faraid ada haknya yang tersendiri. Haram ambil hak faraid orang lain tanpa kebenaran/persetujuan dari tuan punya badan.
Jadi dekat sini, family mertua puan tak boleh ambil 100% harta puan pun. Tapi bukan maksud diaorang takleh ambil bahagian diaorang ya. Part tu puan kena faham juga. Puan tak dapat 100%, diaorang pun tak dapat 100%.
Macam mana nak tahu bahagian masing2?
Yang ni bergantung kepada waris faraid yang ada selepas kematian arwah. Untuk illustrasi, sebab tak tahu details ahli keluarga, saya akan assume waris2 faraid adalah seperti berikut
1. Bapa
2. Ibu
3. Isteri
4. Anak lelaki (1 orang)
5. Anak perempuan (1 orang)
Kalau ikut dekat atas ni, pembahagian faraid dia jadi seperti berikut
1. Bapa – 1/6
2. Ibu – 1/6
3. Isteri – 1/8
4. Anak lelaki – 26/72
5. Anak perempuan 13/72
Maksimum harta pusaka yang akan pergi kepada keluarga mertua adalah 1/3. Yang lain semua akan stay dengan puan dan anak2.
Kalau puan dah ok dengan cara pembahagian ni, boleh pergi ke langkah seterusnya untuk uruskan pembahagian. Yang ni bergantung kepada jenis harta, dan jumlah harta. Yang ni kita cerita masa lain pula.
Ni tak campur lagi kalau puan nak claim harta sepencarian dulu sebelum pembahagian harta pusaka ikut faraid. Kalau ikut undang2 Malaysia, puan ada hak untuk nak claim tu.
Tapi kena ingat, apa2 pun kalau arwah ada tinggalkan apa2 hutang, kena settlekan dulu sebelum buat apa2 pembahagian.
Kesimpulannya, pada saya puan tak perlu nak panik pun. Worst case senario, family mertua ambil 1/3 dari harta pusaka. Kalau dapat claim harta sepencarian up to 50%, family mertua hanya boleh claim 1/6 sahaja total harta pusaka.
Kalau ada wasiat bertulis pun, macam saya cakap tadi, tak perlu risau, sebab default dia akan pergi kepada faraid. Jadi claim dari pihak mertua tu dah tak valid.
