rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kos Hidup Tinggi, Rakyat Gerun Usia Persaraan

Ni tajuk artikel yang Harakah Daily tulis semalam. No, aku tak follow pun Harakah, tapi dia ada keluar dekat wall aku, dan sebab topik dia berkaitan dengan kerja aku, aku nak share sikit berkaitan topik ni.

Pertama sekali, kalau ikut EPF, paling minimum pada umur persaraan kita kena ada RM 390,000. Katakan kita kerja sampai umur 60 tahun, dan lepas tolak hutang semua kita ada lah baki sebanyak tu.

Kalau EPF masih boleh bagi 6% secara konsisten dan korang cuma belanja dalam RM 2,500 sebulan (tak ambik kira inflasi dah), duit korang boleh tahan selama 25 tahun. Tapi tiap2 tahun nilai RM 2,500 korang tu makin mengurang dan benda yang mampu beli dengan duit tu makin sikit.

Kalau ambik kira inflasi 3% setahun, duit tu boleh tahan dalam 16 tahun. Tapi duit yang korang boleh bawak keluar tu, tak kacau nilai barang2 yang korang nak beli sebab amaun yang kita akan bawak keluar dah di adjust kepada inflasi yang kita kira tadi. Maksudnya, kalau tahun pertama bawak keluar RM 2,500 sebulan, tahun seterusnya bawak keluar RM 2,575 sebulan dan seterusnya sampai duit kita habis.

Tapi, persoalan dia cukup ke duit RM 2,500 tu?

Yang ni bergantung kepada keadaan kewangan korang.

Contoh, kalau korang masih ada hutang rumah/ hutang kereta, RM 2,500 tu confirm tak cukup.

Kalau korang takde rumah, dan sewa rumah untuk hidup. RM 2,500 tu kemungkinan besar tak cukup.

Kalau korang masih ada lagi anak yang bersekolah, dekat universiti, kira ada lagi kos sara hidup lain yang perlu ditanggung selain dari kos sara hidup korang sendiri, mungkin kena terus cari kerja untuk cover belanja2 tu sampai diaorang habis belajar.

Kalau korang nak bersara 24 tahun dari sekarang, kemungkinan besar RM 2,500 tu tak cukup. Sebab nilai RM 2,500 tu dah jadi macam nilai RM 1,250 sekarang (kita guna rule of 72 untuk kira). Kalau RM 1,250 sekarang di bawah tahap gaji minimum dah kan.

Macam mana nak bagi cukup?

Ni pun bergantung kepada keadaan korang.

Kalau yang masih ada loan rumah/ loan kereta, kena tengok berapa banyak lagi balance hutang. Kena kira berbaloi nak jual rumah, dan downsize rumah, dan habiskan bayar kereta, ataupun kena teruskan kerja sampai loan semua habis bayar. Option nak guna duit persaraan kalau korang cuma ada RM 390,000 untuk settlekan hutang mungkin tak sesuai.

Kalau korang takde hutang, tapi menyewa. Kena cari option lagi murah. RM 2,500 mungkin tak cukup kalau duduk dekat KL / Selangor, tapi cukup kalau duduk Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan banyak tempat yang lain sebab kos sara hidup dekat sana jauh lagi rendah.

Kalau ada 24 tahun lagi nak bersara, kena cari jalan macam mana nak tambahkan lagi tabung persaraan, tambah cert, cari kerja gaji lagi tinggi, buat side hustle, supaya 24 tahun dari skrg, korang ada double, triple or lebih dari RM 390,000 tu supaya boleh hidup lagi selesa.

Memang secara amnya, ramai orang risau pasal hidup masa bersara nanti. Tapi setiap orang akan ada situasi masing2 yang berbeza. Takleh pukul rata. Bila situasi berbeza, cara nak uruskan dia pun tak sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *