rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kenapa tak sanggup bergolok bergadai demi anak?

Aku still ada view yang disebabkan media sosial, kita lagi senang nampak ke’pandai’an orang2 sebab diaorang ada medium yang membolehkan diaorang share.

Kalau dulu, kita mungkin tak jumpa ramai orang2 macam ni sebab yelah, kita kenal orang yang kita jumpa hari2 jer. Tapi skrg, kita boleh nampak apa yang orang share dekat media sosial dia.

Pada ibu yang buat keputusan untuk berhenti kerja untuk jaga anak2 dia sendiri tu, itu dia dengan suami punya keputusan.

Kemungkinan besar, diaorang dah buat perbincangan sebelum buat keputusan tu. Ye lah, kalau dari dua income nak jadi satu income, kena lah tengok sama ada boleh bertahan ke tak. Lagi2 family yang share perbelanjaan rumah sebab kos sara hidup yang makin meninggi.

Apa function suami provider? Tengok balik para yang sebelum ni. Kalau dulu masa mak dengan ayah kita, kalau seorang kerja pun boleh beli rumah, kereta, sediakan keperluan yang cukup untuk keluarga. Skrg ni semua benda dah naik bro. Gaji RM 5,000 sebulan pun tak tentu boleh support keperluan satu keluarga, lagi2 kalau duduk dekat lembah klang ni.

Ibu taknak lepaskan dunia? Kenapa plak kena lepaskan dunia? Kenapa tak boleh balancekan antara dunia dengan akhirat. Kalau suami dia benarkan dia kerja, kenapa kita nak sibuk lebih2?

Aku ada banyak jer klien di mana suami kerja untuk cover keperluan keluarga. Semua benda suami cover. Isteri kerja untuk top up mana2 yang perlu, dan tambah untuk bagi keluarga hidup lagi selesa.

Contoh, belanja sekolah semua suami dah cover. Isteri nak bayarkan untuk tuisyen, kelas2 kokurikulum dan sebagainya untuk bagi anak2 ada kelebihan berbanding kawan2 sekolah diaorang.

Takpun, suami dah bayar semua benda, isteri fokus untuk simpanan hari tua untuk dia dan suami.

Tak semua orang hidup macam apa yang orang share dekat media sosial ni. Gaduh pasal lelaki provider lah, perempuan gold digger lah.. gaduh pasal harta pusaka lah, claim takaful tak lepas lah… semua tu sebab benda tu negatif, orang rajin nak share dan nak bergosip.

Benda2 yang baik selalunya tak jadi viral sangat.

Adakah bila kita letak anak kita untuk di asuh oleh pihak ketiga maksudnya kita terus jadi ibu/bapa yang tak bertanggungjawab?

Sudah2 lah nak semua orang kena ikut ko punya world view yang terlalu sempit tu. Setiap orang ada situasi dia yang tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *