Dalam perjalanan ke ofis hari ni, terfikir sebenarnya nak tulis topik apa pagi ni. Last2, buat keputusan nak tulis pasal belanja harian yang kita bagi dekat anak2 untuk pergi sekolah.
Lepas tu nak cari gambar utk support posting ni, google jap. First post yang keluar adalah pasal topik yang sama, yang ada orang baru share semalam.
Oklah, lambat satu hari. Kalau ikut cakap bini aku, aku ni lambat pick up trend / topik hangat. Kadang2 dah berbulan, baru aku tau benda tu wujud.
Kita semua yang jadi ibubapa tahu yang kos nak besarkan anak makin lama makin mahal, sebab tu ada orang yang nak jadi kids free lah, nak ada jumlah anak yang tak ramai.
Salah satu kos yang ada, adalah duit sekolah yang kita bagi dekat anak2 setiap hari. Supaya diaorang boleh beli makanan dekat sekolah kalau lapar.
Aku ingat dulu waktu dekat sekolah rendah, duit sekolah dalam sen2 jer yang aku dapat. Waktu gi sekolah menengah dapat lah RM 2 sehari. Kalau dekat sekolah dulu, RM 2 tu dah dapat nasi ayam, tapi nasi penuh pinggan, ayam potong 8. Makan insyaallah kenyang.
Kalau nak duit extra, memang kena usaha, sebab masa tu minat komik hongkong, jadi tu kena simpan duit, kumpul duit untuk beli. Mahal betul hobi aku masa membesar dulu.
Balik kepada topik asal. Aku memang bagi duit sekolah dekat anak2. Dulu mula2 RM 5 sehari. Lepas tu naik RM 10 sehari bila diaorang masuk sekolah menengah. Kalau ikut standard tahun lepas, dah jadi RM 60 seminggu.
Apa aku akan buat, Isnin pagi, bagi duit tu dekat diaorang, dan pandai2 lah diaorang uruskan untuk satu minggu tu. Takde bagi duit lebih dah untuk hari yang ada sesi petang / diaorang balik lewat.
Tapi aku tak halang kalau diaorang nak bawak bekal dari rumah, dan tak kurangkan duit yang aku bagi. Tapi diaorang yang buat bekal diaorang sendiri dengan bahan2 yang aku dah belikan.
Kalau rajin buat dan bawak bekal hari2, maksudnya ada banyak lah duit lebih sebab tak beli makanan dekat sekolah.
Tapi kalau nak kira dari segi kos, aku rasa bekal yang diaorang buat tu lagi mahal dari beli makanan dekat kantin (sebab jenis makanan yang diaorang bawak).
Korang dengan anak2 korang macam mana?
Team duit sekolah ker?
Team bawak bekal ker?
Team campur2 ker?
Kenapa korang buat keputusan macam tu untuk anak2 korang?
