rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Annual Review – Testimoni

Saya dan wife engage Rafiq Hidayat Mohd Ramli sebagai Financial Planner kami, walaupun saya sendiri adalah financial planner. Saya engage masa mula-mula join industri ini.

Kenapa? Sebab saya nak belajar cepat macam mana proses financial planning servis. Saya engage sebab nak rasa sendiri apa perasaan sebagai seorang consumer yang β€˜invest’ duit untuk improve dan optimise kewangan sendiri.

Paling penting, saya dan wife dapat kesan mana blindspot dalam perancangan kewangan kami. Proses pembelajaran jadi lebih cepat.

Apa manfaat yang kami dapat sepanjang tempoh engagement?

1. Faham secara tepat bagaimana nak setting bajet tahunan dengan mudah dan sumber yang ada.

2. Memenuhkan emergency fund di tempat yang betul. Dan fund itu boleh convert kepada satu aspek perancangan harta pusaka.

3. Mendapat nasihat secara holistik berkenaan persediaan isteri jika terkena MSS: apa yang perlu dibuat sebelum tahu keputusan. En Rafiq bagitau 3 option.

4. Bila dapat surat untuk transfer ke KL, dapat pandangan kedua untuk cari rumah sewa. Dan juga dapat tau perancangan pembelian rumah untuk tahun2 mendatang.

5. Dapat review perfomance secara annualised utk setiap portfolio pelaburan. Mana yang okay kita mantain, mana yang tak okay, En Rafiq bagi 4 option dan kami pilih 1 option.

6. Perlindungan kewangan. Bukan untuk tujuan bermewah2. Fokus lebih kepada perlindungan tambahan kepada anak special kami, Faqih.

7. Keperluan saya untuk tingkatkan pendapatan, kerja secara effektif dan efficient sahaja. Client based dan berkualiti. Cuma kena touch up lagi.

8. Pandangan kedua jika isteri nak berhenti kerja. Saya kena all out dulu jawabnya haha.

9. Keperluan utk isteri membuat perancangan harta pusaka. Kena lock siap2.

10. Eh tertinggal. Proper asset allocation daripada TH, ASB, ETF, managed portfolio, passive strategy. Kenapa buat? Sebab nak penuhkan investment gap seperti Education Funding, Hajj Funding, retirement funding dan life-goals funding.

Dan banyak lagi.

Apa perasaan saya? Lega dan seronok bila semua benda clear bila na buat financial decision yang besar. Sebab ada advisor. Dan sebagai Financial Planner, saya jadi excited sebab banyak ilmu untuk saya share kepada client-client saya😊

Terima kasih buat FP saya En Rafiq dan juga Cik Hazreen selaku assistant kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selama ni. Insya Allah saya praktis satu-satu apa yang beliau ajar selama ni. Ambil sanad siap2 hehe.

Semoga Allah swt rahmati dan berkati hidup guru saya ini. Aminnn ya robbal aalamin.😊

Gambar: meeting Annual Review di ofis Dayabumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *