rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kalau aku kena start balik ….

Macam mana kita uruskan atau rancang kewangan kita, tak bermaksud kita dah dijamin akan ok kalau ada apa2 malapetaka yang terjadi.

Aset yang kita bina boleh habis, hutang boleh bertambah sampai kita tak boleh nak uruskan dah.

Tiap2 hari nak tido tak dapat nak tido sebab terfikir pasal isu kewangan yang kita hadapi.

Jadi hari ni, aku nak buat senario, di mana, kalau lah benda ni jadi dekat aku, apa yang aku akan buat supaya aku boleh atasi masalah kewangan yang aku hadapi.

Lepas dah settle terkejut semua, ye lah, takkan tak terkejut kan… kita ni manusia….

Langkah pertama yang aku akan buat, kaji balik kenapa benda ni terjadi. Apa yang aku tersalah langkah sampai benda ni boleh terjadi dekat aku. Kenapa? Sebab aku taknak ulangi kesalahan yang sama dalam usaha aku nak naik balik.

Contoh lah, aku berniaga. Dalam berniaga ni aku ambil pembiayaan lebih dari apa yang aku mampu dan aku terlalu agresif dalam kembangkan perniagaan aku sampai aku belanja lebih dari apa yang sepatutnya.

Jadi kalau aku nak start berniaga balik, aku akan pastikan aku tak buat kesalahan2 yang sama.

Langkah kedua, aku akan kaji semua maklumat kewangan aku. Hutang, perbelanjaan dan sebagainya.

Untuk hutang, aku nak kena kenalpasti berapa banyak, dengan siapa, apa pembayaran bulanan kalau ada.

Untuk perbelanjaan, nak tahu berapa banyak aku belanja setiap bulan sekarang sebab nak tahu duit aku nanti kalau masuk pergi mana.

Langkah ketiga, lepas dah dapat kenalpasti keadaan semasa kewangan aku, aku kena buat perancangan.

Untuk perbelanjaan, buang semua benda yang tak perlu. Buat bajet, fokus pada keperluan dan minimakan perbelanjaan sebanyak yang mungkin.

Contoh, kalau kena pindah rumah ataupun pindah negeri, naik public transport, masak tiap2 hari.. apa2 saja yang kena buat untuk kurangkan perbelanjaan, aku akan buat keputusan tu. Sebab setiap ringgit yang aku tak perlu keluar untuk perbelanjaan hidup, boleh guna untuk bantu aku naik semula.

Untuk hutang, kalau banyak hutang dengan bank dan institusi kewangan, aku akan pergi AKPK dan explain situasi aku. Tengok apa yang diaorang boleh tolong. Kalau hutang dengan orang, aku takkan lari, dan akan gi jumpa diaorang nak discuss pasal repayment plan berdasarkan perancangan aku.

Mungkin mula2 bayar sikit untuk tunjuk komitmen tapi akan naikkan jumlah bayaran lepas keadaan kewangan makin kukuh.

Tu semua fokus kepada duit yang keluar. Duit yang masuk macam mana pula?

Satu, aku akan tengok apa2 benda yang boleh di jual yang masih ada. Setiap ringgit yang dapat boleh bagi ruang untuk bernafas. Takyah nak fikir pasal malu ke apa masa ni.

Kedua, aku akan tengok apa skill yang aku ada untuk bantu aku dapatkan pendapatan. Macam sekarang, skill aku dalam bidang kewangan kan. Tapi lepas aku tersalah langkah, takkan ada orang nak percaya aku untuk uruskan kewangan diaorang. Sebab tu SC tak bagi orang yang dah blacklist untuk apply lesen jadi financial planner.

Tapi aku masih ada skill lain. Aku ada skill uruskan syarikat, aku pernah jadi management consultant, dan macam2 lagi. So aku kena strategize macam mana nak guna pengalaman dan skill yang aku ada untuk dapatkan pendapatan.

Aku akan jumpa dengan semua orang yang aku kenal, dan tak kenal untuk pastikan aku ada sumber pendapatan. Kenapa nak malu? Setiap hari kalendar aku mesti ada aktiviti. Benda ni walaupun nanti pendapatan dah start masuk, aku kena teruskan sebab once dah stop, susah nak start balik.

Pada masa yang sama, aku akan cari kerja. Ego letak tepi. Kewangan dan keperluan untuk teruskan hidup lagi penting. Kalau dapat gaji cukup untuk cover keperluan dan bayarkan hutang, kita jalan jer dulu. Kalau dah dapat kerja, masih boleh buat side hustle guna kepakaran dan pengalaman yang kita ada.

.

Aku takkan fokus untuk nak dapatkan pendapatan dengan jumlah yang besar dalam jangkamasa yang pendek. Aku akan fokuskan untuk dapat cukup untuk perbelanjaan bulanan dulu, dan nak bayar komitmen bulanan hutang tadi.

Kenapa buat macam tu? Sebab aku nak stabilkan diri dulu. Kang tergopoh2, asyik kerja projek besar, masalah kita tak setel2.

Target aku, macam mana aku nak kumpul simpanan kecemasan aku untuk 6 bulan belanja tu. Aku akan bagi diri aku dalam 12-18 bulan untuk capai target ni.

Sebab bila benda ni dah capai, dia akan buka peluang untuk aku untuk jadi lebih agresif dalam dapatkan pendapatan.

Walaupun kita takde duit, kita ada masa. Dan masa tu kalau kita gunakan dengan sebaik mungkin adalah aset yang dapat bantu kita naik balik, insyaallah. Tapi aku takkan fokus buat benda yang ambil banyak masa tapi tak bagi banyak pendapatan macam grab dsbnya. Sebab bila masa dan tenaga aku banyak habis dekat situ, aku akan rasa penat dan tak dapat gunakan kelebihan2 yang ada pada aku. Tapi kalau terpaksa top up pendapatan yang tak cukup untuk jangkamasa pendek, aku mungkin boleh cuba.

Pada masa yang sama, aku akan pergi pusat zakat, tengok ada apa2 bantuan yang aku boleh terima tak untuk bantu kurangkan bebanan kewangan yang aku tengah hadapi.

Langkah keempat, setiap bulan, aku akan review balik progress aku. Tengok berapa banyak yang aku dah capai.

Aku akan ingatkan diri aku, benda ni akan ambil masa. Aku takyah nak tergopoh2 sangat nak settlekan cepat.

Asalkan lepas belanja nak survive bulan2, benda tu dah jadi kejayaan untuk aku.

Aku kena percaya, asalkan aku terus usaha, masalah yang aku hadapi ni, lambat laun akan setel juga akhirnya.

Aku tak tau siapa yang akan dapat ilham dari baca sharing kali ni. Tapi aku harap dapat lah bantu korang untuk cari jalan macam mana nak keluar dari masalah2 yang korang tengah hadapi tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *