Masa mula2 nak ambik CFP dulu, ada orang pernah komen, takyah lah buang masa and buang duit ambik CFP ni, takde nilai tambahan pun. Jadi je agen unit trust pun dah cukup. Aku dah bertahun dalam industri ni ok jer takder CFP.
Ada juga yang komen, alah, mana ada orang Malaysia nak bayar fee untuk tolong uruskan kewangan diaorang. Kalau nak orang manage pelaburan ada jer agen unit trust, nak tahu pasal takaful, jumpa ejen takaful, nak buat wasiat, jumpa lah agen pewarisan harta. Semua tu mana ada fee extra pun.
Tu lah perspektif orang lebih dari 10 tahun lepas. Kalau nak kira, anak aku pun pernah balik dari sekolah agama dia, cakap cikgu dia nak jumpa.
Aku pun tanya kenapa? Dia jawab, tadi cikgu tanya ayah siapa kerja bank, Ayn angkat lah tangan. Papa kan kerja jaga duit, macam kerja bank lah tu kan?
Kalau dulu nak explain apa itu financial planner dan apa kitaorang buat tak senang sebab awareness level secara keseluruhannya masih rendah.
Sekarang ni dah banyak berubah. Orang awam mula mencari financial planner sebab nak tahu lebih lanjut pasal servis ni. So apa yang aku buat sebagai financial planner sebenarnya?
1. Aku bagi khidmat nasihat secara menyeluruh berkaitan kewangan peribadi klien aku. Bila cakap menyeluruh tu, maksudnya selagi benda tu berkait dengan kewangan peribadi dia, masuk skop kerja aku.
– Aliran tunai
– Hutang
– Bajet
– Pelaburan
– Perlindungan (takaful)
– Pewarisan Harta
– Cukai
– Zakat
– Wakaf
dan apa2 saja yang lain yang ada hubung kait dengan kewangan peribadi klien, insyaallah aku akan cover bila klien engage aku.
Khidmat nasihat kewangan ni termasuk juga kalau klien
nak tukar kerja
nak beli rumah
nak hantar anak sambung belajar
nak kahwin
nak buka bisnes
nak ambik time off dari kerja
nak beli kereta
dan macam2 lagi
Fee aku yang korang bayar tu, cover semua benda yang dekat atas ni.
2. Aku juga tolong uruskan (tadi khidmat nasihat kan), kewangan klien aku kalau dia minta aku tolong buatkan.
– Takaful hayat, penyakit kritikal, perubatan, general
– Pelaburan, unit trust, saham, kripto, equity crowd funding, P2P, sukuk, private equity dan lain2 lagi
– Wasiat, Hibah, Trust, Takaful Trust
Klien ada jer option nak buat sendiri atau pun nak guna orang lain. Jangan risau, aku still akan advice walaupu klien tak minta aku uruskan produk2 kewangan dia.
Part ni kalau korang decide untuk ambik apa2 produk dari aku, takde fee tambahan cuma, apa2 kos yang korang kena bayar kepada provider diaorang akan ambik lah, contoh mcm caruman takaful, fee untuk wasiat dan sebagainya. Dari sini aku akan dapat % sebagai komisen.
Kena cerita semua ni, kena telus. Tu salah satu etika jadi financial planner ni.
3. Pada masa yang sama, benda ni istimewa sikit, sebab tak semua buat. Aku pun bagi khidmat nasihat untuk bisnes. Tapi tak semua benda aku boleh cover sebab bukan bidang expertise aku.
Yang aku cover,
– Finance
– HR
– Strategy
– Procurement
Yang tak cover
– Sales dan marketing
– IT
– Accounts
Mainly dengan klien2 bisnes aku, aku jadi macam virtual CFO ataupun independent board member bagi diaorang advice pasal bisnes diaorang.
Fee ni lain ya dari yang peribadi tadi. Tapi syarat untuk aku tengokkan bisnes klien, dia kena jadi klien personal dulu, sebab aku punya perspektif, kewangan peribadi lagi penting dari kewangan bisnes.
Jadi aku harap semua orang boleh faham, apa kerja seorang financial planner selepas ni. Dan tak confusekan dengan orang2 lain dalam bidang kewangan ni dah lepas ni.
