Salah satu kedai yang kitaorang selalu akan visit kalau ke Jepun adalah BookOff ataupun 2nd Street.
Dekat sini ada macam2, baju, kasut, game, beg, purse, handbag, barang2 elektrik, collectible items dan macam2 lagi.
Harga dia of course lagi murah dari beli baru, dan kualiti dia terjamin la jugak mcm korang beli kereta 2nd dari Carsome.
Cuma, kena beli as is lah. Apa yang ada dalam stock dekat kedai korang pergi tu, itu jer boleh beli dkt situ. Kalau pergi branch lain, mungkin benda2 yang ada situ tak sama type dan tak sama harga… especially macam baju, kalau jumpa baju yang korang nak dekat sini, saiz dah ngam kena terus beli.
Contoh murah mcm mana, ada purse (kot) jename kate spade, harga dalam 6000 Yen ataupun RM 180. Ataupun camera Sony Alpha 6000 harga dalam 50,000 yen.
Macam aku cakap ni contoh jer, setiap kedai barang dengan harga tak sama. Pengalaman kalau gi yang more outskirts, pilihan macam lebih banyak compared to yang dekat main cities macam Tokyo dengan Osaka.
Tak rugi pun beli barang 2nd hand kalau harga berpatutan dan kualiti dia masih ok. Tapi kalau beli kereta 2nd, aku tak berani, sebab aku bukan pandai sangat pasal kereta.
