Kenapa penulis share komen ni? Adakah sebab ramai takde rumah / tanah ke? Atau takde harta pusaka untuk ditinggalkan? Ataupun jenis harta dah berubah?
Ataupun dari kecil looking forward untuk dapat something bila parents dah takde? Dan kenapa kena use the word berebut?
Banyak betul perspektif nak kupas bila baca komen tu.
Ingat bila arwah Babah masih hidup dulu, ada selali dia kumpulkan kitaorg 4 orang adik beradik, dan bagitau yang dia takde harta nak tinggalkan untuk kitaorang semua kalau dia dah xde nanti.
Dia cakap yang dia hanya boleh pastikan anak2 dia semua dapat degree. Dan dengan harapan bila dah ada degree tu, semua anak2 dia dapat hidup dengan selesa.
Alhamdulillah, takde lah merempat tepi jalan ataupun hutang keliling pinggang.
Fokus dia, jangan harap pada harta pusaka. Fokus untuk bina kehidupan kita sendiri. Kalau dapat pun, kira duit terpijak, bukan benda yang kita dok tunggu nak dapat.
Tapi lepas arwah meninggal, ada juga harta yang dia tinggalkan.
Kalau orang cina, fokus dia bina cross generational wealth. Dia nak pastikan anak2, cucu cicit semua hidup dengan lagi mewah dan selesa berbanding dengan dia. Sebab tu kebanyakan diaorang akan ada banyak polisi insurans sebab bila diaorang dah xde nanti, pampasan yang dapat tu akan bantu keluarga di masa akan datang. Ni tak campur simpanan / pelaburan lain yang diaorang buat. Tapi kalau tak dapat simpan duit pun, diaorang nak pastikan keluarga diaorang akan hidup dengan lebih selesa.
Kalau orang Melayu? Bila suruh ambil Takaful, cakap takaful scam. Nak simpan duit, suruh letak ASB semua, return sikit. Masuk scam cepat pulak. Last2 kena mengharap dekat harta pusaka yang ntah ada ntah tiada.
Ni bukan nak cakap kalau orang cina tak gaduh pasal harta pusaka. Kitaorang ada jer client yang lepas dia meninggal, kakak dia sendiri nak saman trustee sebab dia tak puas hati dengan will yang adik dia tulis. So jangan salah faham part tu plak.
Apa kita, kita semua mula tukar mindset. Dari menunggu benda yang x pasti, kita sendiri take control pada hala tuju hidup kita sendiri. Bayangkan dok tunggu nak berebut harta pusaka, tengok2 kita dulu yang dah xde? Keluarga kita macam mana pulak?
