rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Cikgu cakap kena ada ijazah untuk berjaya, tapi aku tak pernah nampak cikgu bawa Lamborghini.

Mesti ramai dah pernah nampak orang share pasal ada seorang budak yang share gambar dia depan kereta (bukan Lamborghini) dan ada caption dekat atas tu dalam gambar tu.

Ada beberapa perspektif aku nak ulas pasal benda ni

Pertama, bawak kereta mahal bukan satu-satunya penanda aras yang kita ni berjaya. Ramai jer orang yang beli kereta mahal bukan sebab dia berjaya tapi sebab dia nak fake it until they make it. Dan ramai juga yang stress dengan kewangan diaorang lepas diaorang beli kereta yang di luar kemampuan.

Aku ada klien2 yang buat bisnes kereta sewa. Diaorang ada jer cerita yang influencer, etc ada jer sewa kereta sebab nak tangkap gambar untuk tunjuk dekat follower diaorang yang diaorang have made it.

Kedua, beli kereta mahal kalau korang takleh maintain tak guna juga. Dua tahun lepas ada seorang klien jual 4 biji kereta mahal dia dalam satu minggu sebab bisnes dia tengah struggle. Tak mampu dah nak bayar komitmen tinggi tiap2 bulan.

Ramai jer orang yang stress gi kerja hari2, sangkut dalam jem bawak kereta mahal yang diaorang kena bayar bulan2 untuk pergi kerja yang diaorang terpaksa pergi sebab kalau tak, tak mampu nak bayar komitmen tinggi yang diaorang buat sebab diaorang tak happy.

Ketiga, kalau cikgu tak bawak kereta Lamborghini, dia tak berjaya ke? Cikgu punya KPI adalah berapa ramai anak murid dia berjaya jadi manusia dalam hidup lepas dah habis sekolah atau universiti. Kalau cikgu tu punya fokus adalah pada kekayaan harta benda, ramai cikgu tak jadi cikgu. Ramai jer orang2 yang berjaya ni jadi macam tu sebab tunjuk ajar cikgu2 diaorang.

Dan kalau jadi macam tu, masa depan kita akan jadi kelam. Sebab takde orang yang nak jadi cikgu sebab semua orang punya mindset is jadi cikgu ni kita tak berjaya.

Terakhir, kenapa nak kena hidup untuk tunjuk kekayaan kita dekat orang lain. Sampai bila? Banyak orang ada isu dengan kewangan diaorang sebab sibuk nak bandingkan diri dengan orang lain.

Minggu ni ada jumpa seorang klien yang dah lama. Dia cakap walaupun dia sebenarnya skeptikal dgn financial planner, sebab utama dia proceed dengan engagement mula2 dulu adalah disebabkan aku bawak kereta Perodua Kelisa. Jadi dia terus anggap aku pandai uruskan kewangan. Dia cakap ramai jer orang yang pakai kereta besar approach dia, tapi semua dia reject.

Padahal masa aku mula2 masuk bidang kewangan, aku di suruh beli kereta Mercedes atau BMW sebab kalau tak, takde klien nak percaya yang aku pandai urus duit.

Kesimpulannya, tolonglah ubah mindset korang. Kereta tu bukan garis pengukur yang tunjukkan seorang tu dah berjaya ke tak. Kejayaan sebenarnya bila ko jadi manusia yang bagi manfaat kepada orang2 di sekeliling kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *