rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Tak boleh beli baju mahal, gagal ke?

Ada beberapa perspektif kita boleh tengok berkaitan komen ni.

Satu, dari segi keperluan vs kehendak. Beli baju untuk nak pakai sebab kita nak tutup aurat, sebab nak nampak sopan, tu keperluan. Beli baju berjenama untuk objektif yang sama ada kehendak.

Jadi kalau kita tak mampu beli yang berjenama, tapi beli yang murah, tapi dapat penuhi objektif tu, tak kira kita gagal.

Aku sendiri dulu pun beli baju murah jer. Baju kerja sampai sekarang baju t shirt free yang company bagi tiap2 tahun. Senang fikir, takyah nak pening2 nak pakai baju apa tiap2 hari nak jumpa klien.

Perspektif kedua, dari segi pengurusan kewangan. Kalau kita dah dapat settlekan semua keperluan asas untuk diri kita dan keluarga kita, dan kita hanya mampu untuk sediakan baju murah mcm dkt Mydin tu, saya personally rasa awak tak gagal. Sebab ramai je orang yang tak sampai level tu pun lagi.

Awak dah bayar untuk tempat tinggal, pengangkutan, makan minum, pendidikan, bil api, air, internet. Keluarga awak duduk dengan selamat dan selesa. Tak gagal namanya tu.

Tapi tak salah kalau awak nak perbaiki diri supaya boleh sediakan kemewahan untuk anak2 awak.

Tapi kalau awak sebenarnya mampu beli, kalau awak uruskan kewangan awak secara betul tapi awak dah salah urus kewangan menyebabkan awak tak mampu, yang tu pada saya mungkin ada sedikit kegagalan sebab awak pada hakikatnya mampu. Tapi sebab salah sendiri menjadikannnya tak mampu.

Perspektif ketiga dari kanca mata sosial. Kenapa awak rasa awak gagal? Sebab ada orang komen ke?

Ei, malu lah tengok orang beli baju murah dkt Mydin ni?

Atau pun sebab tengok dekat media sosial, influencer, usahawan, artis, kawan2 memperagakan baju baru diaorang yang branded?

Untuk saya, ukur baju dekat badan kita sendiri. Kalau mampu buat. Kalau tak mampu, ketepikan perasaan tu sampai mampu. Macam cakap tadi, tak salah nak cuba memperbaiki diri, tapi jangan labelkan diri gagal semata mata sebab tu.

Perspektif terakhir pasal alah membeli menang memakai.

Beli barang yang berkualiti selalunya mahal berbanding biasa. Dia akan tahan lama. Jadi dari segi kos sebenarnya tak yah beli banyak2 kali. Tapi kalau untuk anak, dalam masa setahun pun mungkin baju tu takleh pakai dah sebab dia dah tak muat.

Untuk diri sendiri, mungkin lain sikit. Macam baju sejuk yang saya pakai ni, beli dari 2002 waktu belajar dkt uni dulu. Sampai sekarang (gambar tu baru tangkap semalam dekat Beijing), masih elok lagi nak pakai. Masa beli tu memang mahal sikit, nak dekat USD 100, tapi kalau kira dari RoI memang dah balik modal.

Kesimpulannya, jangan senang2 nak labelkan diri kita gagal. Mungkin apa yang kita nampak gagal dekat diri kita ni adalah benda yang orang lain nampak sebagai satu kejayaan yang diaorang idamkan. Kadang2 kita kena sedar dengan apa yang kita dah capai, dan belajar bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *