rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kita takleh hidup tanpa buat perbandingan.

Paling minimum kita kena bandingkan diri kita yang semalam berbanding dengan hari ni. Sama ke? Lagi teruk ke? Lagi baik ke?

Tapi konotasi bila kita buat perbandingan ni selalunya menjurus ke arah yang lebih negatif. Kenapa dia jadi begitu?

Dia bermula dari niat ataupun objektif kita bila kita buat perbandingan tu. Banyak kali kita buat perbandingan, rasa iri hati akan timbul sebab kita akan mempersoalkan kenapa orang tu punya keadaan lebih baik dari kita.

Kalau lepas persoalkan tu, kita cuba kenalpasti kenapa dan macam mana kita boleh perbaiki diri kita supaya boleh jadi macam tu, alhamdulillah, bagus. Tapi isunya, ramai akan menyalahkan nasib, ataupun untuk menyedapkan hati sendiri cakap orang yang kita bandingkan tu mempunyai kehidupan yang lebih baik dari kita sebab kelebihan2 yang ada pada dia.

Kerja aku dalam bidang kewangan ni, memang antara benda kitaorang kena buat adalah perbandingan.

Kena ambil data klien dan bandingkan dengan keadaan yang sepatutnya klien itu lalui kalau dia uruskan kewangan dia dengan betul.

Lepas satu tahun, masa annual review, kita bandingkan data awal tahun dengan akhir tahun sebab nak tengok ada penambahbaikan tak dalam keadaan kewangan klien.

Kita juga bandingkan produk2 kewangan, supaya kita boleh bagi produk yang terbaik ikut keperluan klien.

Kita juga bandingkan performance pelaburan berbanding benchmark untuk tengok sama ada kita perlu buat apa2 perubahan demi klien.

Semua perbandingan itu dibuat untuk menambahbaikkan keadaan kewangan klien.

Kalau kita nak bandingkan keadaan kita dengan orang lain dengan niat nak jadi lebih baik, silakan.

Kalau kita nak bandingkan keadaan kita dengan orang lain dengan niat nak salahkan takdir, nak jatuhkan orang lain, baik jauhkan.

P/S: Aku nak bandingkan makanan Malaysia dengan makanan dekat China. Lepas 6 hari makan makanan dekat sana, memang takleh nak bandingkan dengan makanan dekat Malaysia. Makanan sini jauh lagi sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *