Hari ada jumpa busines partner salah seorang klien financial planning. Jumpa ni sebab masa jumpa klien 2 minggu lepas, dia ada cakap pasal dia punya bisnes expansion plan, dan aku pun bagi lagi sedikit insight berdasarkan apa yang cakap tu, dan sebab tu dia minta aku jumpa partner dia untuk bincang macam mana kita boleh move forward.
So masa jumpa tu, macam biasa, kenalkan diri masing2 dan partner dia terangkan dekat aku pasal bisnes diaorang dan apa diaorang rancang nak buat untuk kembangkan lagi syarikat diaorang tu.
So dia tanya pasal pengalaman aku dan macam mana aku boleh guna pengalaman dan expertise aku untuk tolong perniagaan diaorang tu.
Habis cerita, termasuk yang kalau aku nak bagi nasihat kepada diaorang aku perlu buat gap analysis report (standard aku untuk nak start dengan mana-mana bisnes), partner dia tanya,
Rafiq, i also understand finance, i understand the numbers, i want to know what can you provide to me that I don’t know or understand on my own.
Aku jawab balik dekat dia.
You might know the numbers as well as i do and also maybe even better, but if you need me to identify any potential blindspots, i can’t do it without understanding your current business situation first, am I right? I can’t also advice you on any actions that you should or shouldn’t take without understanding your full situation.
Lepas dia dengar reply tu, dia jawab,
Ok, now I understand. I’ve heard the answer that I need to hear from you and I’m comfortable to move forward with this. I just need to run it with all the partners before we start.
Lepas tu kitaorang end the session.
Ramai jer orang nak minta aku bagi nasihat tanpa nak share apa2 maklumat diaorang, tapi macam aku pernah share sebelum ni, aku tak boleh buat macam tu.
Kang kalau aku salah bagi advice, aku juga yang korang akan persalahkan.
Logik lah kan, kalau aku tak tahu korang dekat mana sekarang, macam mana aku nak bagitau korang nak kena buat apa untuk improvekan keadaan kewangan korang.
