rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Semua benda besar bermula dari langkah kecil, cuma beza dia, siapa yang sanggup teruskan bila orang lain berhenti percaya.

Tengah hari tadi masa sesi dengan klien, kami berbincang tentang satu topik menarik, pasal buat benda yang nampak macam tak bagi kesan besar pun kepada dunia.

Contohnya macam kitar semula, atau sokong sesuatu usaha kecil yang kita rasa “alah, aku sorang buat pun tak ke mana.”

Tapi saya kongsi pandangan saya. Kalau semua orang fikir macam tu, memang takkan ada apa-apa perubahan pun. Lihat saja apa yang jadi dekat G dalam 2 tahun terakhir ni.

Dulu, ramai orang percaya dengan naratif pihak yang berkuasa sebab mereka yang pegang duit, media, dan pengaruh. Tapi sekarang, semakin ramai yang buka mata. Perlahan-lahan, the tide changed. Sebab ada orang yang berani bersuara, walau nampak macam tak ada impak besar pada awalnya.

Saya relate balik kepada perkara yang lebih dekat di hati saya iaitu dunia financial planning.

Ramai orang perlukan bantuan untuk urus kewangan peribadi mereka, tapi tak tahu kat mana nak mula, atau rasa servis ni hanya untuk golongan T20. Golongan T20 ni memang dah dapat servis daripada private banker, ejen etc.. kenapa? Sebab diaorang memang dah berduit.

Masa saya mula dulu, ramai juga yang cakap idea ni takkan jadi.

“Takde orang nak bayar untuk benda macam ni,” katanya.

“Tengoklah nanti, semua nak benda free.”

Tapi saya dan rakan-rakan teruskan juga. Kami percaya everyone deserves access to proper financial advice, bukan sekadar orang kaya. Malah, struktur fi pun kami bina supaya lebih ramai orang mampu dapatkan khidmat ni.

Perlahan-lahan, satu demi satu klien mula nampak nilai dia.

Perubahan tak datang sekali gus tapi datang dari usaha kecil yang dibuat dengan konsisten.

Tapi jujurnya, bukan senang. Dalam perjalanan ni, terlalu banyak halangan. Nak cari orang yang betul-betul percaya pada visi yang sama pun bukan mudah. Kalau senang, semua orang dah buat dah kan?

Ada perancang kewangan yang datang dan pergi.

Bila nampak realiti yang kerja ni sebenarnya susah, bukan glamour, bukan instant reward. Ramai buat keputusan untuk berhenti.

Cakap dengan pihak berkuasa pun kadang rasa macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Yang nombor satu tetap compliance, bukan pembangunan industri.

Dan masyarakat pula… ramai yang masih nak benda percuma. Kalau kena bayar, komplen mahal. Kalau tak ada “gerenti untung”, terus tolak. Tapi bila scam datang, laju pula masuk.

Kadang saya fikir balik, kenapalah saya masih terus buat semua ni? Sebab saya tahu, kalau saya sendiri berhenti percaya, maka memang betullah apa yang orang dulu cakap iaitu “benda ni takkan jadi.”

Dan insyaallah, saya takkan benarkan itu jadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *