rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Bila Dah Nampak Cerita Klien Seawal Fact Finding…”

Saya pernah perasan satu perkara menarik sepanjang bekerja dalam dunia perancangan kewangan ni.

Dua orang planner boleh duduk dalam sesi fact finding yang sama, tanya soalan yang sama, dan dapat jawapan yang sama, tapi bila sesi tu habis, seorang nampak data, dan seorang lagi nampak cerita.

Planner yang baru biasanya ikut proses linear:

Fact finding → Submit data → Tunggu report siap → Baru nampak gambar besar.

Tapi bila dah lama buat, bila dah ulang proses ni beratus kali, kita akan mula nampak sesuatu. Sebenarnya, cerita kewangan klien tu dah mula terbentuk semasa sesi fact finding lagi, bukan lepas report keluar.

Kadang-kadang masa tengah dengar klien jawab, kita dah boleh agak apa yang akan keluar dalam laporan nanti. Kita nampak “arc” cerita dia iaitu apa punca masalah, apa yang boleh diperbaiki segera, dan mana bahagian yang perlukan strategi jangka panjang. Kita boleh tahu siapa decision maker sebenar, apa ketakutan dia, apa nilai yang dia pegang.

Dan bila dah boleh nampak benda ni awal, kerja jadi lebih bermakna:

Kita boleh beri pre-emptive guidance kalau nampak isu kritikal dan tak perlu tunggu report siap baru nak bertindak.

Bila handover kepada para planner, kita dah boleh beritahu dengan jelas apa fokus utama yang kita nak mereka highlight.

Bila report siap, kerja review pun lebih mudah sebab hala tuju dah jelas dari awal.

Saya suka bila planner mula capai tahap ni. Masa tu mereka dah mula berfikir bukan sebagai “penyedia report”, tapi sebagai pencerita kewangan sebenar. Mereka nampak data bukan sekadar nombor, tapi refleksi daripada pilihan, nilai, dan perjalanan hidup seseorang.

Dan bila kita nampak cerita tu lebih awal, barulah financial plan yang kita hasilkan bukan sekadar cantik atas kertas tapi benar-benar hidup, relevan, dan membantu klien buat keputusan yang bermakna dalam hidup mereka.

Kalau anda baru bermula dalam bidang ni, belajarlah untuk dengar lebih dalam daripada sekadar mengisi borang fact finding.

Kadang-kadang, di sebalik setiap angka yang kita tulis, ada cerita yang menunggu untuk difahami dan di situlah letaknya nilai sebenar seorang Licensed Financial Planner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *