Last two weeks saya conduct training dekat office untuk advisor-advisor baru (atau yang nak refresh knowledge) tentang fact finding iaitu proses mengumpul maklumat daripada klien.
Masa ambil cert, ramai diajar cara buat analysis, tapi cara nak fact find dengan betul jarang diajar.
Salah satu komen peserta semalam:
“Sekarang baru saya faham kenapa financial planner kena collect semua data klien, dan macam mana nak explain pada klien kenapa benda tu penting.”
Memang betul. Kadang-kadang klien hesitant nak share data sebab sifat semula jadi manusia — duit dan hal peribadi memang sensitif. Pernah juga prospek tanya saya masa sesi discovery:
“Kalau saya nak engage dengan En. Rafiq, tapi saya taknak share semua data saya… boleh ke?”
Saya jawab terus terang
“Kalau tak nak share, tak payah engage. Mungkin buang duit awak, dan buang masa saya.”
Sebab kerja saya sebagai financial planner adalah menganalisa data yang awak kongsi untuk saya berikan cadangan yang sesuai dan realistik supaya awak boleh capai matlamat kewangan dengan lebih baik.
Bayangkan macam guna Google Maps. Kalau awak buka apps tu, tapi tak bagi tahu awak kat mana sekarang dan nak pergi mana, boleh tak Google Maps cadangkan jalan mana nak ambil, atau berapa lama masa perjalanan?
Tak boleh, kan?
Sama juga dengan perancangan kewangan. Kalau awak share data aset tapi tak share cashflow, saya cuma boleh:
- Buat asset allocation,
- Kira portfolio return, dan
- Cadangkan pelaburan berdasarkan baki semasa.
Tapi saya tak boleh tahu sama ada:
- Dana kecemasan cukup atau tak,
- Perlindungan (takaful/insurans) sesuai atau tak,
- Cadangan pelaburan tu selaras dengan kemampuan sebenar awak atau sebenarnya terlalu agresif.
Akhirnya, recommendation yang nampak cantik di atas kertas, mungkin tak sesuai dalam real life.
Sebab tu fact finding bukan sekadar borang. Ia adalah asas kepada setiap keputusan kewangan yang kita nak bantu klien buat.
