rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Etika, Integriti & Kebebasan Kewangan

Salah satu benda yang aku bangga masa kerja makan gaji dulu: tak pernah terlintas dalam kepala nak buat apa-apa yang melanggar undang-undang, melanggar etika, atau melanggar moral.

Bukan sebab aku ni baik sangat. Tapi sebab bagi aku, amanah tu penting. Dan aku tak pernah rasa ada tekanan sampai kena korbankan prinsip sendiri semata-mata untuk jaga periuk nasi.

Dulu aku kerja di sebuah agensi kerajaan. Siapa yang pernah kerja dalam environment macam ni mesti faham — wahyu dari atas ni perkara biasa. Arahan datang, kadang-kadang suruh proceed dengan syarikat tertentu untuk projek tertentu, no questions asked.

Tapi alhamdulillah, sepanjang empat tahun aku dekat sana, aku tak pernah terlibat dengan apa-apa hanky panky.

Satu Kes Yang Aku Ingat Sampai Sekarang

Ada satu masa tu, aku dapat approval paper untuk endorsement. Aku jaga finance dan procurement, jadi semua dokumen pembayaran kena lalu meja aku sebelum CEO boleh sign off.

Aku semak dokumen tu. Nampak pelik.

Tak ada procurement approval.

Aku tanya staf yang hantar:

“Mana procurement approval?”

Dia jawab selamba:
“Direct nego je, sebab syarikat ni yang buat previous phase.”

Aku cakap:
“Okay, tunjuk dekat mana dalam policy ada provision untuk direct nego sebab dia buat previous phase?”

Dia jawab:
“Kerja dah jalan dah. Sebab diaorang dah appoint.”

Aku tanya balik:
“Bawah kuasa apa appoint? Procurement policy kita jelas — kalau nak direct nego untuk amaun sebesar ni, kena ada dua tandatangan board members. Board members kita menteri, bukan pegawai biasa. Kalau tak ada, projek ni dikira tak approve. Jadi aku tak boleh endorse bayaran ni.”

Aku tak sign. Dia terus naik komplen dekat CEO.

Jumpa CEO

CEO panggil aku.

Tapi dia tak marah pun. Sebab dia tahu kalau aku tak sign sesuatu, maksudnya memang ada isu.

Aku explain semua benda. Dia tanya apa kena buat.

Aku jawab:
“Kalau nak bayar juga, kena menghadap menteri, dapatkan post-event approval. Lepas tu baru ikut process semula.”

Muka CEO dah nampak stress. Tapi dia pergi juga.

Memang betul — kena sound dengan menteri masa tu.

Empat tahun aku kerja situ, semua proses kewangan dan procurement ikut prosedur.

Lepas aku berhenti, Jabatan Audit Negara datang buat audit — dan untuk tahun-tahun yang aku handle, tak ada satu pun audit finding atau isu integriti.

Lepas aku keluar, baru banyak finding timbul.

Moral, Etika dan Integriti

Benda ni bagi aku satu pengajaran besar.

Moral, etika, integriti — semua ni bukan benda yang kita buat bila orang tengok saja.

Ramai orang pandai cakap pasal agama, pasal nilai murni, pasal integriti. Suara dia lantang.

Tapi bila ada peluang untuk shortcut, untuk selamatkan diri sendiri, untuk kaut untung senyap-senyap… prinsip semua hilang.

Ada yang guna bahasa agama untuk justify keputusan yang salah. Ada yang guna imej baik untuk lindung perbuatan tak betul.

Sama macam cerita ni:

Seorang pemandu bawa kereta malam-malam, jalan lengang. Sampai satu simpang, lampu merah. Dia tengok kiri kanan, tak ada kereta lain. Dia terus langgar.

Tak jauh dari situ, polis tahan dia.

Polis tanya,
“Awak tahu tak awak buat kesalahan apa?”

Dia jawab,
“Tahu, tuan. Cuma saya tak nampak tuan polis tadi.”

Jawapan tu macam biasa je, tapi sebenarnya inilah mentaliti ramai orang. Undang-undang, moral, etika — semua dipatuhi selagi ada orang nampak.

Padahal integriti sebenar diuji masa tak ada siapa tengok. Masa kita boleh shortcut tapi kita pilih untuk ikut cara betul.

Kestabilan Kewangan & Kebebasan Suara

Ada satu lagi elemen penting yang orang selalu lupa: kestabilan kewangan.

Aku boleh tegas masa tu sebab aku tahu — kalau orang nak buang aku sebab aku tak nak ikut benda-benda pelik ni, aku okay je.

Family aku takkan tiba-tiba kena halau dari rumah. Aku tahu hak aku. Kalau kena buang tanpa sebab munasabah, aku boleh report dekat JTK, dapat wrongful termination pulak nanti.

Benda ni ramai orang tak nampak.

Bila kewangan tunggang-langgang, orang akan senang kena ugut, senang kena tekan, senang kena beli.

Tapi bila kita ada financial buffer, ada simpanan kecemasan, ada kestabilan, kita boleh buat keputusan ikut prinsip — bukan ikut arahan membuta tuli.

Pengajaran

Empat tahun aku kerja dekat agensi kerajaan tu, satu benda aku pegang:

  • Amanah tu penting.
  • Integriti tu tak boleh dijual beli.
  • Kestabilan kewangan bagi kita kebebasan untuk pegang prinsip.

Sebab bila kita tak bergantung 100% pada jawatan atau gaji semata-mata untuk hidup, kita ada ruang untuk kata tidak pada arahan yang salah. Kita boleh pilih untuk ikut moral dan etika, walaupun tak popular.

Dan yang paling penting — kita boleh tidur lena, sebab kita tahu kita tak ambil hak orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *