Semalam saya duduk dengan seorang klien, baru setahun bekerja. Muda lagi, gaji pun alhamdulillah dah selesa.
Topik kami? Tax dan zakat planning.
Mula-mula dia rileks je. Ingatkan benda ni simple. Tapi bila saya ajak kira satu-satu… masa tu muka dia terus berubah.
“Eh… banyaknya saya terlepas pandang selama ni!”
Ramai Tak Sedar – Bayar Lebih Tanpa Perlu
Sebenarnya ramai high-income earners tak pernah ambil tahu pun tax relief yang kerajaan bagi.
Cuba bayangkan kalau korang max out semua tax relief:
- PRS: RM3,000
- SSPN: RM8,000
- Takaful Hayat: RM3,000
- Takaful Perubatan: RM3,000
- Upskilling: RM2,000
- Personal Relief: RM9,000
- SOCSO: RM350
- EPF: RM4,000
- Lifestyle (buku, gym, internet, gadgets): RM2,500
Total relief tu dah nak dekat RM35,000.
Kalau korang dalam tax bracket 25%, maksudnya boleh jimat RM8,750 setahun atau RM729 sebulan.
Lagi tinggi income, lagi banyak boleh jimat. Tapi kalau tak pernah kira? Memang lepas macam tu je.
PCB Bukan Kira Ikut Maximum Relief
Masalahnya, ramai ingat HR akan kira PCB ikut semua relief ni.
Tak.
Kebanyakan HR cuma kira ikut basic relief je. Sebab HR bukan buat tax planning untuk korang. Aku pernah jadi HR dengan HR consultant sebelum jadi Financial Planner. Memang selalunya praktis dia macam ni.
Sebab tu ramai bayar PCB lebih tinggi daripada sepatutnya. Tahun depan bila isi e-filing, terkejut dapat refund.
Hakikatnya, korang dah bagi LHDN sinking fund percuma setiap bulan tanpa sedar.
Bila Tukar PCB 100% ke Zakat
Ada ramai jer orang Muslim terus tukar PCB 100% kepada zakat sebab taknak bayar cukai. Pasal fatwa / hukum semua bukan nak discuss dekat sini. Nanti kita boleh cerita dekat masa lain.
Masalahnya:
- Bila korang buat macam tu, LHDN takkan bagi refund sebab korang memang tak bayar PCB langsung.
- Logiknya mudah — beli makanan kat Restoran A ada lipas, pergi claim kat KFC… agak-agak KFC layan?
Jadi, korang sebenarnya ‘rugi’ dari segi pengurusan cukai sebenarnya sebab duit tu korang boleh guna pakai untuk benda lain.
Cara Betul
Sebelum tukar PCB ke zakat, kira dulu.
- Dapatkan jumlah sebenar cukai selepas semua relief.
- Dari situ baru tentukan berapa nak convert jadi zakat bulanan.
- Balance tu bayar PCB supaya masih dapat manfaat tax relief.
Contoh mudah:
- Gaji: RM10,000/bulan → RM120,000 setahun
- PCB bayar: RM1,000/bulan → RM12,000 setahun
- Total relief: RM24,850
- Cukai sebenar: RM8,478.50 setahun → RM712.80/bulan
Maknanya, RM712.80 inilah yang korang patut convert kepada zakat bulanan.
Yang selebihnya bayar PCB supaya tak rugi tax relief.
Kesimpulan
Kalau nak pahala zakat dapat, manfaat cukai pun maksimum, jangan buat kira-kira ikut suka hati.
Ramai orang bayar lebih tanpa sedar. Sedangkan kalau betul cara, boleh jimat sampai beribu ringgit setahun.
Ini tak kira lagi, tahun ni jer dapat tolong seorang klien jimat dalam RM 50,000 tahun ni sahaja sebab buat tax dengan zakat planning dia properly.
Kalau tak pasti macam mana nak kira?
Carilah orang yang boleh bantu.
Kadang-kadang, beza kecil dalam kiraan ni boleh buat korang bayar zakat dengan lebih ikhlas sambil bijak urus cukai.
