Semalam saya jumpa seorang klien ni.
Dia dah invest dalam unit trust dengan satu company lebih 10 tahun.
Total semua campur untung, dalam RM800k++.
Masalahnya, bila kita kira balik, total return selepas 10 tahun cuma 11%.
Annualized, kurang dari 1% setahun.
Tapi klien ni cakap,
“Saya mungkin nak maintain je, sebab dapat takaful coverage percuma…”
Saya pun tanya balik soalan mudah:
“Duit ni duit dari EPF kan?
Kalau transfer balik ke EPF, purata return sekarang dalam 5.5% setahun.
Bezanya 4.5% setahun, bersamaan RM36,000 extra return setiap tahun.”
Lepas tu saya tanya soalan paling simple:
“Cuba fikir, sanggup tak bayar RM3,000 sebulan untuk takaful coverage tu?
Sebab beza pulangan tadi sama macam cik bayar RM3,000 setiap bulan untuk takaful.”
Terus klien tu senyap.
Kadang-kadang kita kena ingat, objektif pelaburan ni apa sebenarnya.
Adakah untuk dapat coverage percuma…
atau untuk pastikan duit bekerja keras untuk kita?
