rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Patut Shariah – Bukan Setakat Label Agama

Baru-baru ni saya terbaca perkongsian seorang ejen tentang pengalaman dia dengan seorang klien non-Muslim.
Dia kata pada mulanya, dia agak malu nak cerita tentang pelaburan unit trust patuh Shariah kepada klien tu.
Tapi reaksi klien tersebut buat dia ubah fikiran — rupanya produk patuh Shariah ni ada banyak kelebihan yang semua orang boleh manfaatkan, tak kira agama.

Saya sendiri pun ada klien Muslim dan non-Muslim.
Untuk klien Muslim, memang semua cadangan saya pastikan patuh Shariah.
Untuk klien non-Muslim pula, saya juga akan cadangkan yang patuh Shariah — bukan sebab agama, tapi sebab kelebihannya.

Antara kelebihan yang saya selalu terangkan:

Struktur pembiayaan lebih adil dan jelas – ada maximum limit dalam had pembiayaan, jadi kita tahu dari awal risiko maksimum yang kita ambil. Dalam pinjaman konvensional, had tu tak wujud, jadi risiko bayaran berlarutan dan kos keseluruhan boleh jadi lebih tinggi.

Pelaburan tapis risiko moral & industri berisiko tinggi (contoh: judi, arak, senjata) – mungkin secara keseluruhan ada kurang pilihan berbanding konvensional, tapi pelaburan patuh Shariah fokus kepada industri dan sektor yang menepati prinsip ESG, yang tidak mengambil kesempatan keuntungan ke atas orang lain.

Perlindungan risiko lebih telus – tiada caj tersembunyi, struktur kontrak jelas dan mudah difahami. Pada masa yang sama, ada kelebihan dari segi undang-undang di mana, dalam produk insurans konvensional, ada konsep trustee — apa-apa perubahan terhadap polisi perlu dapat kebenaran daripada trustee. Contohnya, jika trustee adalah pasangan kita, apa akan jadi kalau kita bercerai nanti? Nak tukar penama pun kena minta kebenaran dari trustee. Dalam produk takaful, konsep trustee ini tidak wujud, jadi urusan penamaan dan perubahan lebih mudah.

Saya tak cerita dari sudut hukum agama kepada yang non muslim, tapi dari segi manfaat kewangan kepada mereka.
Kalau ada klien yang tetap nak produk konvensional, saya akan serahkan kepada orang lain. Tapi sebelum tu, saya akan pastikan mereka faham konsep asas yang sepatutnya diketahui sebelum membuat keputusan — seperti risiko apa yang sesuai diambil, atau berapa banyak perlindungan yang diperlukan.
Dengan cara ini, mereka boleh gunakan nasihat tersebut untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk keperluan mereka, termasuklah yang tidak patuh Shariah.

Walaupun saya ada kedua-dua kelayakan CFP dan IFP, dan lesen untuk semua jenis produk, fokus saya hanya pada yang patuh Shariah. Setakat ni, tak pernah timbul masalah dengan klien non-Muslim — malah mereka lebih yakin bila tahu cadangan saya datang daripada pertimbangan menyeluruh untuk kebaikan mereka.

Bagi saya, Shariah-compliant bukan sekadar label agama.
Ia adalah satu standard yang menjaga nilai, mengawal risiko, dan memastikan ketelusan — untuk semua orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *