Ok, untuk follower² yang baru
Just nak share sikit tentang saya…
Saya Rafiq Hidayat, seorang Perancang Kewangan Berlesen. Saya juga Pengarah Urusan Wealth Vantage Advisory, firma perancangan berlesen dekat Malaysia ni.
Kebanyakan sharing saya dekat FB ni memang berkisar tentang kewangan peribadi, dengan tujuan nak tingkatkan tahap literasi kewangan sesiapa saja yang berminat.
Saya memang tak jual apa-apa produk dalam posting, tapi ramai juga yang pernah DM tanya pasal servis financial planning, atau nak minta nasihat percuma berkaitan kewangan.
Tu saja nak intro, jom kita masuk cerita yang nak share hari ni.
Semalam saya present annual review report untuk seorang klien financial planning.
Masa meeting sebelum ni, dia ada tanya —
“Rafiq, kalau dah setahun engage, apa nilai yang saya dapat sebenarnya? Fee dah bayar RM3,000, dapat pulangan ke tak?”
Fokus utama dia tahun lepas: cashflow & hutang.
Lepas collect data & siapkan plan, kita bagi beberapa pilihan.
Dia tak pilih option paling agresif, tapi masih pilih yang boleh kurangkan monthly commitment.
Hasilnya?
📈 Cashflow tahunan dia naik dari RM1,500 → RM18,000.
Beza +RM16,500 setahun.
Tapi… net worth dia turun RM10,000 berbanding 12 bulan lepas.
Haa… masa ni mesti ada yang fikir:
“Alah, rugi engage planner ni…”
Padahal, penurunan tu sebab dia baru balik dari Haji.
Bayar semua sekali untuk dia & isteri — lebih kurang RM50k.
Kalau tak pergi, net worth dia naik RM40k tahun ni.
Dia kerja kerajaan (takde EPF), wasiat pun tahun ni dah siapkan sebelum dia pergi Haji hari tu.
Masa meeting semalam, dia puas hati dan tanya:
“Kalau renew, fokus tahun depan apa pula?”
Saya jawab:
1️⃣ Naikkan lagi monthly cashflow supaya dia boleh tambah lagi simpanan / pelaburan dia
2️⃣ Lengkapkan perlindungan takaful supaya kalau apa-apa jadi dekat dia, famili dia tak terkesan (insyaallah)
3️⃣ Penuhkan simpanan kecemasan supaya kalau kereta rosak ke, paip pecah ke, tak pening kepala fikir nak ambik duit dari mana
4️⃣ Optimize cukai supaya boleh simpan lebih banyak.
Dia angguk, senyum, dan terus setuju nak renew untuk tahun kedua.
✅ Nilai kewangan: RM16,500 extra cashflow setahun vs fee RM3,000.
✅ Nilai tak ternilai: Pergi Haji dengan persediaan lengkap & hati tenang, kurang rasa risau sebab ada orang nak rujuk kalau ada apa2 kemusykilan berkaitan kewangan peribadi
Kadang, nombor atas kertas tak tunjuk cerita sebenar.
Sebab nilai sebenar financial planning… bukan sekadar angka.
