rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Pilihan Memang di Tangan Kita – Tapi Kalau Tak Bertindak, Takkan Ada Apa-Apa yang Berubah

Saya pernah share dulu – kalau engage perancang kewangan dan nasihat yang diberi cuma “kurangkan belanja” atau “tambah pendapatan”, itu kita sendiri pun boleh fikir. Buat apa nak bayar orang semata-mata untuk beritahu benda basic macam tu?

Bagi saya, nilai sebenar bila engage financial planner adalah keupayaan untuk buat keputusan yang berinformasi.

Contoh paling mudah – anak-anak saya sendiri, si Amir dan Ayn.

Dulu setiap hari dapat duit sekolah, tapi asyik habis. Bila tanya, rupanya habis beli makan, minum, gula-gula dan benda merapu dekat sekolah. Kalau tengok luar pagar sekolah pun, penuh orang jual jajan, aiskrim, air manis – dan ya, memang mahal. Tapi kita tak salahkan peniaga – mereka pun nak hidup. Anak-anak pun tak dipaksa beli.

Satu hari, si Ayn beli “sour tape candy” dekat sekolah. Satu ketul RM1. Saya tahu pun lepas nampak beg dia penuh dengan wrapper. Saya cakap dengan dia – kalau nak beli candy tu, beli dekat Speedmart, RM2 dapat 6. Dia terkejut sangat beza harga. Lepas tu, dia mula buat pilihan yang lebih bijak. Duit pun ada lebih.

Itulah maksud buat keputusan yang berinformasi.

Amir pula, tuition dia atas Speedmart. Selalu kalau nak naik tuition, mesti nak singgah beli air atau jajan. Kalau mak dia yang hantar, memang kena pau. Tapi selalunya saya yang hantar.

Ada satu hari dia minta saya belikan air. Saya tanya –
“Amir bukan dapat duit sekolah tiap-tiap hari ke?”
“Kalau nak beli barang yang awak nak, guna duit sendiri.”

Malam tu saya belikan juga. Tapi yang menarik, lepas tu tak minta lagi. Ada je duit sendiri. Kadang siap bawa air Coway dari rumah.

Itu yang saya cuba ajar – buat keputusan, dan bertindak.

Sama juga macam orang dewasa.

Ramai antara kita tahu apa kita patut buat – beli rumah ikut kemampuan, tak buat personal loan untuk pergi bercuti, jangan sentuh emergency fund, asingkan duit pelaburan – tapi tahu saja tak cukup.

Kalau dah tahu, tapi tak buat apa-apa, takkan ada apa-apa yang berubah.

Saya ada klien yang hadapi masalah negatif cashflow besar. Bila kami berbincang, dia sendiri setuju beberapa langkah nak buat. Tapi bila follow up…

“Susah lah…”

“Sibuk sikit sekarang…”

“Nanti dulu…”

Saya cakap terus terang – kalau saya boleh buatkan untuk awak, dah lama saya buat. Tapi ini semua perlukan tindakan dari pihak awak sendiri. Kalau tak serius nak buat, sampai bila-bila pun keadaan akan kekal macam tu.

Klien yang dah lama dengan saya tahu – kerja saya adalah bantu analisa, tunjuk pro and con, dan bantu buat keputusan. Tapi saya tak boleh paksa. Tak boleh ugut. Tak boleh tekan butang untuk anda.

Akhirnya…

✅ Pilihan memang di tangan anda
❌ Tapi kalau tak bertindak, takkan ada perubahan

💡 Life ni adalah hasil dari keputusan kita – dan tindakan selepas keputusan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *