Semalam saya ada appointment dengan seorang klien. Dua jam juga kami berbincang — bukan sebab isu kewangan dia rumit sangat, tapi sebab kami memang suka sembang.
Satu soalan dia buat saya terhenti sekejap.
“Apa yang I kena buat untuk samakan my income dengan a male colleague yang buat kerja yang sama, performance sama, tapi dia dapat lebih?”
Saya faham sangat perasaan tu. Rasa tak adil. Tapi jawapan saya tetap sama seperti yang saya sendiri amalkan sejak dulu — dan yang saya selalu kongsi dengan klien:
Fokus pada apa yang kita boleh kawal.
Throwback ke 2007.
Saya baru masuk PwC dari TNB. Gaji masa tu RM3,500, walaupun ada orang lain masuk dengan pengalaman kurang, tapi gaji lebih tinggi.
Saya pernah bawa isu ni pada Executive Director saya, Chin Han. Jawapan dia saya ingat sampai hari ini:
“Focus on building your skills and competencies, and people will start seeing the value that you can bring. It will come to a point that you don’t have to tell them how much you’re worth anymore.”
Sejak tu, saya ubah fokus, join training, buat kerja lebih, walaupun bos sekarang mungkin tak perasan. Tapi saya percaya, akan ada orang lain yang akan nampak.
Dan memang betul.
Lepas 1.5 tahun di PwC, gaji naik RM1,500 ke RM5,000 sebab naik pangkat.
Tahun berikutnya naik lagi ke RM5,500.
Bila janji tak ditepati pada tahun 2009, saya resign, dan dalam sebulan, dapat tawaran sebagai manager di EY, gaji RM7,000.
Selang dua tahun, dalam akhir 2010, lepas balik dari Oman, dapat tawaran dari Khazanah untuk bantu tubuhkan TalentCorp. Gaji masa tu RM11,500 — jauh lebih rendah dari gaji terakhir saya di Oman (RM20,000). Tapi saya teringat balik nasihat Chin Han, kita tunjukkan nilai dulu.
Tak sampai 3 bulan, CEO approach dan offer untuk jadi Senior Manager. gaji naik ke RM13,200. Sebab semua benda yang kena buat, kita dapat buat, dan orang nampak nilai yang kita ada.
By Dec 2014, saya dah ready nak move on dan pursue kerjaya sebagai perancang kewangan berlesen tapi gaji terakhir yang saya dapat dah cecah RM 25,000.
Moral dia?
Fokus pada skill dan kompetensi. Nilai kita akan naik. Kalau bukan syarikat sekarang yang nampak, akan ada syarikat lain yang akan nampak. Semua syarikat berlumba-lumba nak cari pekerja yang mahir dan berkompetensi tinggi.
Dan saya sendiri dah lihat klien-klien saya buat perkara sama, dalam masa dua tahun, ada yang naik dari RM15,000 ke RM22,500. Semua sebab mereka buat keputusan untuk bina diri mereka, ikut benda yang sama yang saya dah lalui dulu.
Kita tak boleh kawal orang lain. Tapi kita boleh kawal usaha kita. Dan tingkatkan nilai kita. Insyaallah, lambat-laun, orang lain akan nampak.
