rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Rasanya pernah post something similar, tapi tak salah tulis sekali lagi.

Rasanya pernah post something similar, tapi tak salah tulis sekali lagi.

Sekarang dengan ada Facebook, Instagram, etc, ramai orang sibuk untuk baca and share kisah-kisah kejayaan peribadi atau pun kejayaan orang lain. Lepas tu, orang yang membaca pun akan

a) Rasa motivated untuk berjaya

b) Rasa benci atau iri hati kepada orang yang berjaya

c) Tak rasa apa-apa

Achievement atau kejayaan yang dicapai tu bukannya usaha sehari dua, tapi kadang-kadang mengambil masa lebih dari 10 ke 15 tahun, tapi dengan zaman sekarang, ramai orang lagi suka nak ambil jalan mudah.

– Tengok orang kurus – tanya, ada tak cara singkat / mudah untuk jadi kurus

– Tengok orang berjalan ke luar negara – tanya, ada tak cara singkat / mudah untuk simpan duit, atau cara nak dapat tiket murah dengan mudah

– Tengok orang beli rumah banyak – tanya, apa tips and tricks untuk nak beli rumah banyak

Tak salah nak cari jalan untuk berjaya, tapi kena la pandai sikit asingkan benda yang betul dari benda yang tipu aka SCAM. Tapi sebab ramai yang nak cara yang mudah, akhirnya tertipu dengan scammers yang sentiasa mencari mangsa.

Kalau nak ikut pengalaman diri (dah 37 tahun hidup, 17 tahun bekerja – campur kerja masa belajar)

– Sebelum jadi GM – pernah jadi kuli / orang suruhan. Pernah kerja kutip tuala kotor dekat gym, pernah pam minyak dekat stesen minyak, etc

– Sebelum pakai UNIFI – pergi Cyber Cafe (hari Sabtu dengan Ahad – RM 2/ sejam).

– Sebelum ada rumah teres – duduk apartment, bayar RM 550 sebulan.

– Sebelum dapat berjalan ke luar negara – tak jalan pergi mana-mana pun. Honeymoon pun pergi Phuket, tu pun lepas 3 tahun lebih kahwin.

– Sebelum ada duit lebih untuk nak beli apa-apa yang nak / diperlukan – mengikat perut / mengawal nafsu. Makan pun dekat pasar malam, tak pun masak. Takde gi restoran tiap-tiap hari. Takde beli gajet mahal-mahal. Takde beli kereta import.

Kalau nak tulis banyak lagi yang boleh tulis, tapi cukup la setakat ni. Harap-harap mesej yang cuba disampaikan tu jelas.

Nak berjaya tu boleh, tapi jangan la ingat nak berjaya tu senang. Dan kalau orang lain tu dah berjaya, jangan la kita dengki pula dengan kejayaan dia, kita tak tau susah senang yang orang tu dah lalui untuk berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *