rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kesian tengok pengusaha perniagaan (Business Owner) dekat Malaysia ni kadang2.

Kesian tengok pengusaha perniagaan (Business Owner) dekat Malaysia ni kadang2.

Bukan la semua, tapi majority pengusaha perniagaan yang kecil dengan sederhana dekat Malaysia ni sebenarnya semua pandai buat duit. Produk pun bagus, servis pun ok. Tapi kenapa ramai yang susah nak sustain?

Saya dah lebih 10 tahun tengok sisi2 gelap pengusaha2 ni, macam2 lah masalah yang saya dah nampak, so kali ni nak senaraikan jer apa yang saya pernah nampak, mana lah tau dapat bagi kesedaran dekat siapa2 yang terbaca.

1. Pengurusan kewangan peribadi hancur / Campur aduk kewangan perniagaan dengan peribadi

Ramai ingat sebab dia ada bisnes, dia tak perlu urus kewangan peribadi. Fokus utama dekat bisnes. Kalau bisnes ok, personal pun ok. Tu tak masuk yang perbelanjaan peribadi semua ambik dari bisnes, ada yang declare tak betul semua (tunggu masa jer kalau kena audit dgn lembaga nanti). Yang semua ambik dari bisnes tu term yang selalu orang pakai rompak duit syarikat.

Sebab dia tak kawal perbelanjaan peribadi, dia ambik la sikit2 dari bisnes dia, sedar tak sedar, duit lebihan / rolling makin kurang.

2. Tak faham undang2 / tak ambik tahu / tak kisah

Ramai ingat kalau berniaga ni kalau xde premis takyah register ssm, lhdn, etc… Lepas tu bila kena kaut, bising lah plak, nak tutup periuk nasi lah dsbnya.

Kadang2 tengok akaun orang berniaga ni, terkejut jugak tengok jumlah penalti diaorang bayar. Bayar dkt SSM lah, KWSP lah, SOCSO lah dah sebagainya. Semua sebab tak urus betul2. Kos2 penalti tu bukan boleh tolak sebagai belanja pun, Burn gitu2 jer.

Pasal SST (dulu GST), pun ramai tak ambik tahu atau ingat nak cari jalan utk taknak bayar. Ingat dulu ada satu bisnes owner siap tanya, Encik Rafiq, boleh tak saya nak nak pergi training utk lari GST. Ramai jer kawan2 usahawan saya yang pergi lepas tu diaorang buat dua tiga akaun, satu akaun yg tunjuk dkt kastam / lhdn, satu akaun yang betul.

3. Takde ilmu / dapat ilmu yang salah

Banyak usahawan takde ilmu / kurang ilmu utk uruskan perniagaan. Ada yang belasah jer, janji duit masuk lebih dari duit keluar. Bila masa duit kurang, mula lah bergolak bergadai, pinjam sana sini. Dah habis tu, mula gelabah.

Macam mana nak cari ilmu? Tanya kawan usahawan yang lain. Tapi bila xde ilmu, macam mana kita nak confirmkan ilmu yang dapat tu ilmu yang betul kan? Macam beli rumah utk duduk sendiri tapi loan company yang bayarkan. Banyak kali dah dengar usahawan buat ni. Bila tanya siapa cakap ok, kawan2 usahawan cakap boleh buat. Tanya balik, dah tanya akauntan / lhdn ke? Tak tanya plak.

4. Dapat nasihat yang salah

Sebenarnya part ni yang part utama yang nak share. Dah banyak kali nampak dah. Cosec, akauntan, tax agent dan kadang2 auditor yang tak menjalankan tugas dengan betul. Pernah sekali klien call, dia cakap akauntan dia bagitau boleh tolak belanja klinik dia dari income takaful dia.

Eh… mazhab mana plak ko belajar ni…. aku yang bukan tax agent pun tau salah. Lepas kita cakap dengan akauntan tu, dia pun cakap yang dia baru lagi kerja, tak sure pun betul ke tak.

Dah tau x sure, kena ko main cakap jer. Kalau klien ikut, jadi apa2 ko nak tanggung ke? Atau lepas tangan jer?

Byk lagi contoh2 yang lain.

5. Orang yang ambik kesempatan

Point last (banyak lagi point sebenarnya) ni yang selalu nampak skrg. Baru2 ni pun tengok seorang klien usahawan, kena caj 6 angka utk skop kerja HR yang very basic. Aku kerja PwC / EY dulu pun caj klien MNC / GLC pun x semahal tu.

Lepas tu output pun ilek.

Ni tak kira lagi training yg beribu riban yang diaorang attend, lepas tu hasil pun xde lepas tu.

Tolonglah cakna sikit benda2 ni. Penat woi korang berniaga lepas tu senang2 jer lepaskan duit dekat benda2 yang tak mendatangkan faedah ni semua.

tu jer nak share hari ni.

Nota kaki: Jangan PM / DM aku utk nak mintak aku tengokkan business korang plak. Ni sharing utk bagi korang ada awareness jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *