rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa gerenti Rafiq kalau saya bayar fi?

Apa gerenti Rafiq kalau saya bayar fi?

Soalan ni antara soalan yang banyak dapat dari prospek yang datang jumpa sebab nak tahu pasal servis financial planning.

Kita faham kenapa diaorang tanya. Ye lah, nak keluarkan duit untuk nak bayar servis, nak tahu lah apa yang kita dapat kan. Takkan nak bayar lepas tu burn macam tu jer, betul tak?

Jadi, kalau dapat soalan ni macam mana nak jawab?

Tak susah pun nak jawab sebenarnya.

Jawapan standard dia macam ni

Satu, takde apa2 gerenti. Setiap orang punya keadaan kewangan lain2, jadi macam mana nak ‘gerenti’ penambahbaikkan yang setiap orang akan dapat.

Alah, cope out gila jawapan kan? Kalau korang dengar jawapan macam ni mesti turned off kan?

Jap, tak habis lagi. Ni sambungan dia plak.

Kerja saya sebagai seorang financial planner adalah untuk analisa dan bagi nasihat macam mana nak jadi lagi baik. Tapi saya tidak ada kuasa untuk nak buat keputusan. Kalau saya dah bagi nasihat yang terbaik, tapi klien tak ikut, ada ker penambahbaikkan?

Betul juga kan?

Kita cakap A, client x agree. Dia nak buat B. Bila kita cakap apa isu dengan B, dia still nak buat gak. Jadi macam mana kita nak gerenti result?

Bila kita cakap A pun, kita akan highlight kedua2 pro and cons. Tapi sebelum cakap A, kita dah tengok hubungkait semua bahagian kewangan klien sebelum kita nasihat dia pasal A. Bukannya kita main belasah bagi nasihat A dekat dia.

Setakat ni, kalau ikut pengalaman, klien2 yang ikut nasihat, keseluruhan keadaan kewangan dia ok jer, on track jer nak capai matlamat dia. Yang tak ikut tu, tak tau nak cakap apa lah.

Seterusnya, servis financial planning ni continuous, tapi klien takda paksaan untuk berenti lepas habis engagement. Kenapa lah ada klien yang lepas habis setahun dia cakap nak sambung? Ada plak yang sambung dah 7 kali? Kalau servis financial planning ni tak ok, kenapa nak keluar duit sampai 7 kali? Stop jer lah lepas 1 kali kan?

Tapi semua ni tak cakap yang kita gerenti results ya. Ni cuma cakap, kita akan buat yang terbaik untuk mana2 klien yang bagi kepercayaan kepada kita. Dah ambik fee, kenalah bagi yang terbaik betul tak?

Lastly, takde paksaan nak engage pun. Kalau rasa nak servis yang boleh gerenti results, takyah sign up. Takde siapa paksa korang pun. Boleh jer dengar explanation, lepas tu tak proceed.

Boleh pakai tak explanation ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *