Ramai gak orang tengah up pasal Faraid (bukan Farid) versus Hibah.
Untuk yang kurang arif
Faraid – cara pembahagian harta pusaka untuk umat Islam
Hibah – literally means hadiah (pemberian is a better translation)
So apa yang isunya? Sebenarnya tak perlu ada isu pun, tapi ada sesetengah pihak (yang terlalu fokuskan sales utk kejar komisen) asyik bercerita keburukan Faraid, dan kebaikan Hibah.
Untuk pengetahuan semua, kedua2 Faraid dan Hibah sepatutnya digunakan untuk saling melengkapi. Bukan untuk bercanggahan antara satu sama lain. Kalau dapat kelas CFP dulu (Module 2 – module yang paling tak suka), ni semua dalam subjek pengurusan harta pusaka or orang putih cakap Estate Planning.
Apa kejadahnya pulak Estate Planning? Dah la yang tadi Farid eh Faraid dgn Hibah pun tak habis cerita, ni masuk Estate Planning.. kebun getah mana pulak aku nak kena beli ni?
Estate Planning tu kira level macro (high level), macam mana kita nak bahagikan harta kita, kepada sapa, berapa, bila, etc etc.
– Faraid,
– Wasiat (dah tambah satu lagi plak term),
– Hibah,
– Harta Sepencarian,
– Wasi,
– Pemegang Amanah,
– Trust (meh aku tambah lagi banyak term saja nak kasi confuse)
Yg list dekat atas ni is just either instruments utk Estate Planning atau pun orang2 yang terlibat dalam Estate Planning ni. Tapi list atas tak leh exhaustive.
OK. Berbalik kepada topik asal, apa isu sebenarnya Faraid dgn Hibah.
Faraid mmg dah clear, cara pembahagian dia. Tapi Faraid tak semestinya cepat. Sebab dkt Malaysia kita ada dua undang2 berkaitan pembahagian harta pusaka iaitu
Sivil
Shariah
Hukum agama mmg dah clear, tapi undang2 manusia yang masuk, menyebabkan harta pusaka kita lambat sampai dekat orang yang kita nak bagikan (walaupun kita apply Faraid).
So apa solusinya, buat laa Hibah. Tapi bukan untuk elak Faraid, tapi untuk memudahkan. Allah bagi kita hibahkan harta kita, kalau tak, awal2 lagi hibah tu dah diharamkan.
Aku taknak masuk discussion pasal pewaris dapat Faraid tapi tak bertanggungjawab jaga kebajikan waris2 lain.. itu antara diaorang dengan Allah. Kalau korang nak discuss yang tu jugak, aku nasihatkan pergi tempat lain.