Baru dapat cert dah jadi expert ke?
Sejak kebelakangan ni, dah banyak terbaca negative views on licensed financial planners. Banyaknya memang datang dari mulut2 ejen, tak kisah lah insurans ker takaful ker unit trust ker wasiat dsb…
Sampai orang dah cakap cert yang kita usahakan untuk dapat ni sijil kayangan. Tu bukan pujian ya tapi perlian. Suka ke orang cakap macam tu dekat kita, dekat industri kita?
Kenapa benda ni terjadi?
1. Terlalu ghairah dengan knowledge baru yang dapat and nak tunjuk kita lagi hebat dari orang lain. Tak semestinya kita ada cert kita lagi hebat. Ada yg dapat cert tu sebab ambik challenge status. Aku sendiri ajar challenge status course (tak bermaksud aku hebat), tapi pada pandangan aku, baik ambik module by module supaya foundation kita lagi kukuh. Ilmu yg kita baru dapat tu, hadam betul2. Kita kena praktikkan ilmu yang baru dapat tu, jangan dengan teori jer kita bedal semua orang lain cakap dia x bagus. Knowledge kena complement with real life experience.
2. Pengalaman kita sendiri pernah di servis oleh ejen2 yang macam biskut chipsmore. Ya betul, memang ada ejen2 macam tu. Banyak ejen masuk industri sebab tertarik dgn kata2 upline boleh buat duit, tayang kereta mewah etc. Tapi bila nampak effort kena put in, terus turn off. So bila kita ada cert, kita nak perjuangkan hak2 klien yang dah terkena macam kita. Tak salah, tapi tak boleh pukul rata. Tak semua ejen macam tu. Banyak jer ejen2 yang bertanggungjawab, professional etc. Tak kisah la diaorang jual satu produk jer ke apa, penting nya tanggungjawab diaorang kepada klien, tk misselling or misleading their clients.
3. Nak create financial awareness kepada orang ramai. Niat yang baik. Tapi jangan kita merendahkan orang lain. Tak semestinya apa dia cakap 100% salah dan apa kita cakap 100% betul. Berbincang secara ilmiah. Kata professional. Kenapa nak kena name calling etc, question dia punya kredibiliti. Macam isu takaful sebagai pelaburan, ya betul, kita belajar takaful tak sesuai untuk medium pelaburan, bukan first choice lah. Tapi kita xleh nafikan takaful boleh digunakan untuk melabur, hanya potentially not as efficient as pure investment products. Explain that, biar orang yang baca buat comparison. Duit diaorang pun, kita kerja bagi advice, bukan kerja paksa orang ikut cakap kita. Lantakla kalau orang tu nak labur dalam takaful pun, duit dia. Kita teruskan create awareness supaya satu hari nanti mungkin hati dia terbuka.
Tak kisah la pegang RFP ker CFP ker IFP ker, as a financial planner ko ada a standard yang ko kena uphold.
Kalau ikut Financial Planning Standard Board (FPSB) punya code of ethics, no. 5 on professionalism, states that
Professionalism requires behaving with dignity and showing respect and courtesy to clients, fellow professionals, and others in business-related activities, and complying with appropriate rules, regulations and professional requirements. Professionalism requires the financial planning professional, individually and in cooperation with peers, to enhance and maintain the profession’s public image and its ability to serve the public interest.
Kalau x reti english, meh nak translate in bahasa mudah
1. Respek and layan klien secara professional
2. Respek other professionals dalam industri kewangan
3. Ikut peraturan yang telah ditetapkan
4. Jaga imej profesion kita
Faham ke idak? Sila jaga adab dan tutur cara kita bila kita bercakap especially dekat media sosial.
Kenapa aku membebel benda ni pagi ni. Aku tahun 2012 buat keputusan untuk jadikan ni karier. Masa tu tak ramai lagi yang dalam industri ni. Even masa aku dapat CFP in 2016, tak ramai lagi dalam industri ni. Even skrg dah ramai sikit, tapi kebanyakan masih x betul2 practice financial planning.
So basically industry financial planning ni kecik jer sebenarnya. Blue ocean orang cakap. Ramai orang dekat luar tu tak tahu pun financial planning tu apa. Tapi kalau industri yang baru nak start ni more negative views dekat luar tu dari positive, bukan kah tu akan menyusahkan lagi practitioners utk get the right messaging out?
Tak salah untuk nak betulkan perception and pemahaman orang ramai berkaitan kewangan. Tapi ingat matlamat tak menghalalkan cara. Financial planning is the way forward for the industry, sebab tu ramai jer ejen2 dah mula menggunakan terms2 berkaitan untuk menarik perhatian prospek. Jangan lah kita yang dekat dalam ni buat masalah sampai memburukkan profesion kita sendiri.
Macam orang nak dekat Islam, dia tengok macam orang Muslim punya peribadi. Kalau nak orang dekat financial planning, yang dah ada cert dan lesen tu behave laa professionally.
P/S: I cakap code of ethics FPSB sebab my background is CFP / IFP, tapi kalau check Code of Ethics MFPC pun lebih kurang sama.