rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Macam mana nak cari RM 30,000 dalam 10 bulan?

Kalau aku dapat soalan ni, aku akan tanya satu layer lagi dulu.

Ko nak bersih RM 30,000 atau gross RM 30,000?

Kenapa kena tanya, sebab jumlah dia tak sama

Hari tu masa weekend baru ni, ada discuss dengan anak2 pasal gaji / income. Sebab tengah discuss pasal apa anak lelaki aku nak buat sementara tunggu result SPM dia.

Anak perempuan aku tanya pasal jenis kerja yang dapat pendapatan tinggi. Isteri aku jawab, kerja tu kena kerja yang merbahaya macam underwater welding, atau kerja yang menggunakan kepakaran (ie guna otak) untuk selesaikan masalah orang.

Isteri aku bagitau, untuk budak lepasan SPM, kerja2 yang sesuai selalunya kerja yang tak perlukan apa2 kepakaran lagi, sebab diploma/ degree pun diaorang takde. Pengalaman lagi lah.

Berbalik kepada soalan asal, kalaulah ada orang tanya aku pasal macam mana nak carik RM 30,000 dalam masa 10 bulan dan lepas dia confirm bersih (bukan gross), aku akan tanya dia soalan2 seterusnya dulu.

1. Apa skill / pengalaman yang ko ada? Sebab skill yang ada untuk setiap orang ni berbeza. Kalau dia ada skill / cert / pengalaman yang orang nak beli, lagi senang lah untuk nak dapat RM 30,000 tu.

Contoh, aku ada client yang jadi lecturer untuk bidang perakaunan. Dia cakap dia nak cari duit tambahan sebab cashflow tengah sakit sebab investment property.

Aku tanya dia, ada tak HRDC Train the Trainer punya cert?

Dia jawab takde. Aku cakap pergi ambik tu dulu. Sebab bila dia ada tu, banyak jer company yang mencari trainer yang ada cert untuk buat training sebab diaorang boleh claim dari HRDC fund yang diaorang dah carum. Sekali training mungkin dapat dalam RM 3,000-RM 4,000 untuk sehari, kalau ko terer lah.

Yang ni, kalau dia dapat satu training sebulan pun, insyaallah dalam 10 bulan dapat lah RM 30,000 bersih.

Kedua, aku tanya. Ko ajar perakaunan kan. Ko boleh tak buat full set of accounts? Dia cakap, secara teori boleh. Aku bagitau, banyak jer SME nak cari orang nak buatkan akaun bulanan / tahunan untuk diaorang secara part time. Setahun maybe boleh dapat dalam RM 1,500 – RM 3,000 untuk satu SME.

Yang ni, dia mungkin kena buat dalam 15-20 klien SME untuk dapat RM 30,000 bersih. Kerja dia kena keras sikit untuk cari klien, dan kena spend masa untuk buat akaun tu semua.

Ni antara cara skill / cert / pengalaman, boleh bantu kita dapat RM 30,000 bersih dalam masa 10 bulan.

2. Kalau ko takde skill / pengalaman / cert, next aku akan tanya pasal network / circle ko macam mana? Kalau dalam bidang sales tu, selalu diaorang suruh ko list 100 orang yang boleh jadi prospek ko.

Basically nak suruh ko buat sales. Tak kisah la jual apa. Janji benda yang halal. Takyah cari benda yang kita kena beli nak jual. Cari yang kita tak pegang stok. Supaya kita takde risiko sangat. Tapip bila kita tak pegang stok, duit yang kita dapat tu kurang lah jugak sebab kita tak ambik risiko yang banyak.

Yang ni ko tak perlu skill sangat. Tapi perlu disiplin dan kulit yang tebal. Sebab ko akan kena banyak rejection sebelum ko mula dapat orang cakap ya. Tapi kalau kata ko jual benda harga RM 100, ko dapat komisen RM 5 setiap unit, maksudnya ko kena jual 6000 unit dalam masa 10 bulan atau 600 unit sebulan.

Tapi ni tak kira lagi kalau ko kena buat ads, ni aku assume ko jual dekat circle ko jer, dan diaorang nak sokong ko.

Bila takde skill untuk tukar jadi duit, kerja nak cari duit tu jadi susah sikit berbanding bila ada skill.

3. Kalau takde skil, dan ko taknak buat jualan. Nak guna kudrat untuk buat duit.

Masa aku gi Icity hari tu, ada satu kedai fast food tu cakap untuk part time dia bayar dalam RM 10-12 sejam. Ko kena kerja dalam 300 jam sebulan untuk dapat RM 3,000 kasar sebulan.

Terus terang, kerja part time jenis macam ni, untuk aku tak sustainable, lagi2 kalau ko ada kerja hakiki. Tapi kalau ko boleh dapat rate lagi tinggi kerja part time ni, lagi senang lah ko nak capai nanti.

Ni bukanlah contoh yang lengkap, banyak lagi cara untuk nak dapatkan RM 30,000 bersih atau kasar dalam 10 bulan. Cuma untuk setiap orang, langkah2 yang mungkin dia boleh ambik untuk capai target tu adalah berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *