Semalam ada sesi annual review dengan seorang klien yang telah engage servis financial planning selama 2 tahun. Dalam sesi annual review ni, kita akan update financial data klien lepas setahun engagement dan share report dkt dia.
Kira macam report card untuk financial planner lah, objektif dia nak tunjuk financial planner ni ada fungsi ke tak. Berbaloi ke tak bayar fee dekat financial planner ni.
Masa present report dekat dia semalam, satu part yang dia tanya banyak soalan, sebab dia kurang percaya (padahal data semua datang dari dia) adalah kenaikan networth dia.
Akhir 2024, networth dia dalam RM 627,241.
Akhir 2025, networth dia dalam RM 881,346. Kenaikan sebanyak RM 250k dalam masa 12 bulan atau 40.5%.
Memang dia terkejut gila. So kita go thru semua data yang dia bagi untuk pastikan takde tersalah kira atau double count. Dan memang takde.
Memang kenaikan dia dalam satu tahun tu sebanyak tu.
Terus dia komen,
“Rafiq, I didn’t expect this kind of growth within 1 year. From when is started working to last year which is about 6 years, my networth accumulated was RM 600k. But 1/3 of my current networth was accumulated in the last 12 months”
Dia tanya kenapa boleh jadi macam ni. So kita take a step back dulu. Tengok ada jadi dari mula dia start engage 2 tahun lepas.
Masa dia start akhir tahun 2023, lepas dah bekerja dari umur 26 tahun sampai umur 31 tahun, dia dapat capai networth dalam RM 545,092.
Amaun ni sebenarnya dah cukup bagus. Tapi dia datang jumpa sebab dia nak tahu macam mana nak uruskan dengan lebih baik.
Masa ni, nisbah simpanan dia adalah 9.56% dari pendapatan tahunan dia. Dia masih simpan duit dalam fixed deposit dan EPF sahaja. Dia simpan bila ada duit lebih, dan dia takde matlamat yang jelas kenapa dia kena simpan duit.
Lepas dia engage Financial Planner,
1. Ada matlamat kewangan yang jelas. Nak capai kebebasan kewangan pada umur 45 tahun.
2. Naikkan nisbah simpanan kepada 27%. pada tahun pertama dan 42% pada tahun kedua.
3. Bezakan antara keperluan dan kehendak
4. Mula mempelbagaikan simpanan dan pelaburan
5. Mengurangkan keputusan adhoc sebab semua keputusan yang besar macam nak beli rumah, kereta, sambung belajar, tukar kerja dia check dengan financial planner dia dulu
Boleh tak dia buat semua ni dengan sendiri?
Mungkin boleh. Tapi dia sendiri nampak yang data tak menipu. Dia nampak macam mana seorang Financial Planner boleh menambah nilai kepada cara dia uruskan kewangan peribadinya.
Financial planning ni bukan magik. Bukan cara cepat untuk jadi kaya. Dia tak menjanjikan kejayaan serta merta. Dia perlukan disiplin dari pihak klien dan kesungguhan untuk cuba mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.
Jadi, korang agak, klien ni sambung ke tak untuk tahun ketiga?
