rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Dah share ke no pin ATM dekat wife? (Repost)

5 tahun lepas, isteri kesayanganku hantar message whatsapp, tanya apa dia no pin ATM aku. Dia tanya sebab kawan office dia suruh test boleh dapat tak that info kalau in case something happen to me.

My simple answer to her, duit dalam bank akaun yang ada ATM card tu tak banyak. Cukup untuk belanja paling banyak sebulan. Kalau yang tahu how I spend, this is not a lot at all. By the way, I still gave the number to her, tapi verbally. Tak berani nak bagi number tu through whatsapp or email etc.

Jawapan panjang dekat dia, macam dekat bawah ni. Ni jawapan financial planner lah. Takkan aku advise client buat, aku tak buat sendiri kan? Aku bukan jenis orang macam tu.

Dalam pengurusan harta pusaka, aku dah identify keperluan keluarga aku kalau apa jadi dekat aku.

Langkah No 1 – Apakah keperluan perbelanjaan keluarga setelah kita tiada.

Kira perbelanjaan keluarga untuk 6 bulan, termasuk jumlah komitmen bulanan macam hutang. Tambah pulak kos untuk pengebumian kita, kos nak uruskan harta pusaka kita, etc…

Dah kira?

Letak duit ni dalam akaun / instrumen yang boleh dicairkan kurang dalam 7 hari bekerja dan letak nama benefisiari, in my case, my wife.

Kalau yang xde loan dalam ASB, boleh guna Hibah Amanah. Duit dalam Tabung Haji pun boleh guna Hibah Amanah dia untuk memenuhi fungsi ini. Tapi kena faham yang kalau guna Hibah Amanah Tabung Haji, kalau apa2 jadi dekat penerima hibah, akaun tu akan dibekukan dan masuk harta pusaka dia.

Kenapa nak kena buat langkah 1 ni, bukan ker wasiat ker hibah takaful dah cukup?

Kalau kita faham pasal urusan pengurusan harta pusaka, kita akan tahu pasal isu masa. Walaupun kita ada wasiat, dan kita telah ambik polisi takaful yang mencukupi, bukannya lepas kita mati semua dah settle. Dia akan ambil masa. So sementara nak tunggu yang lain tu settle, kita buat persediaan yang mencukupi.

Langkah No 2 – Ambil la takaful hayat termasuk MRTT / HPRTT etc.

Sama macam langkah 1, ada perkiraan utk tahu berapa banyak yang kita perlu ambil untuk keperluan keluarga kita. Paling basic, ambil 10 tahun annual income kita. Tapi boleh juga expenses method untuk kira berapa banyak yang kita perlu ada.

Jangan lupa pula kira sekali hutang yang kita ada. Tapi perlindungan yang kita ambil untuk settlekan hutang tu, jangan pulak kita pergi hibahkan. Bila dah hibah tu dah jadi hak penerima. Kalau dia taknak bayar hutang kita, tu hak dia.

Kesimpulan dia, untuk yang kita nak tinggalkan untuk kelangsungan hidup kita boleh letak option untuk hibahkan polisi takaful kita. Tapi portion yang kita nak guna untuk settlekan hutang, kita letak waris kita sebagai wasi supaya dah clear tanggungjawab dia untuk settlekan hutang kita dulu. Untuk keluarga saya, saya ada dua2 jenis polisi.

Sementara nak tunggu syarikat takaful settlekan pampasan kepada keluarga saya, at least untuk 6 bulan pertama, kelangsungan hidup mereka tak akan terjejas sebab saya dah buat persediaan.

Langkah No 3 – Sediakan wasiat

Soalan yang selalu dapat, kan dalam Islam dah ada Faraid (bukan Farid ya), kenapa kita perlu ada lagi wasiat ni?

Faraid tu hanya explain pasal pembahagian, siapa yang dapat dan berapa dia dapat. Dia tak ambil kira proses pembahagian, dan proses2 pengurusan harta pusaka yang lain.

Dalam dokumen wasiat, ada tiga benda yang penting untuk kenalpasti

1. Siapa wasi / executor kita? Saya pilih untuk gunapakai syarikat pemegang amanah sebab xnak waris pening2 untuk uruskan. Kalau kena bayar pun, dia bayar dari harta pusaka. Waris kita tak rugi pun sebab bukan duit dia pun. Kita pun tak rugi, sebab kita dah takde.

2. Siapa penjaga anak2 kita (yang bawah umur lagi)

3. Macam mana kita nak bahagikan harta – dkt sini baru faraid keluar kalau kita opt nak bahagikan ikut faraid.

Kalau ada wasiat, proses untuk menguruskan harta pusaka ni insyaallah dapat disegerakan. Kalau xde wasiat, proses dia akan jadi lebih lama berbanding dengan kes yang ada wasiat tadi.

At least kalau dah buat tiga step seperti yang di atas ni, insyaallah2 waris2 kita punya kehidupan akan lebih terjamin walaupun kita dah takde dekat muka bumi ni.

P/S: Dalam senario sebenar, tak explain pun panjang2 macam ni dekat my wife. Cuma cakap semua dah settle dah. Tunggu duit masuk jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *