Memang betul, customer ni adalah sumber pendapatan siapa2 yang buat bisnes ataupun dalam bidang sales. Kalau takde customer, takde pendapatan.
Tapi nak ingatkan, tak semua yang datang approach kita / kita approach dia sesuai untuk jadi customer kita.
Lagi2 kalau kita dalam bidang servis.
Untuk aku, aku berhenti kerja dulu bukan sebab nak pendapatan yang tinggi. Gaji aku masa berhenti dulu dah lebih dari cukup dah.
Aku berhenti kerja sebab aku nak kepuasan dan keberkatan dalam kerja.
Aku nak kerja dengan klien yang buat aku happy untuk nak jumpa dia. Jadi financial planner ni bukan jumpa sekali jer seumur hidup. Kalau siapa2 yang jadi klien aku minimum jumpa dalam 6-8 kali setahun.
Takkan lah setiap kali jumpa, aku kena bagi motivasi dekat diri aku, klien ni lah sumber pendapatan aku. Kena senyum, kena kowtow, kena agree dengan setiap benda yang dia nak aku buat?
Sorry, boleh jadi giler aku kalau buat macam tu.
Benda ni lah yang aku share bila siapa2 buat discovery session dengan aku. Kalau aku rasa aku takleh ngam dengan prospek tu, aku cakap depan2. Aku taknak jadi hipokrit dekat diri sendiri.
Macam gambar ni, klien beli kereta. Taktaulah salesman tu dah advice betul2 yang ko tu tak mampu beli s70. Tengok2 bila dia tak dapat bayar, dia salahkan salesman plak.
Kalau aku jadi salesman tu dari awal aku dah reject dah customer ni. Sebab aku taknak pening kepala di masa akan datang.
Dan memang banyak dah prospek aku reject. Ada klien yang aku minta stop untuk engagement sebab aku rasa dia tak ready / tak sesuai untuk terus jadi klien aku.
Setakat ni alhamdulillah, tak putus lagi sumber rezeki yang Allah bagi. Aku kerja pun happy jer, tak stress sebab kena jumpa siapa2 yang aku memang taknak jumpa.
