rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Jangan buat loan kalau nak kahwin

Pengurusan kewangan ni sifir dia mudah sebenarnya. Jangan belanja lebih dari pendapatan. Kalau belanja lebih dari pendapatan, dia ada dua senario jer

Satu, pendapatan kita tak cukup.

Kedua, perbelanjaan kita lebih dari pendapatan.

Dalam dua2 senario tu, confirm takleh menyimpan.

Kalau dalam kes pendapatan tak cukup, ada pilihan, sama ada nak atau tak jer

1. Cari kerja lain dengan pendapatan lagi tinggi. Cakap senang kan? Memang senang pun. Majikan selalu mencari staff yang berkebolehan. Kenapa ada jer yang dapat gaji tinggi tapi kita dapat rendah? Pernah terfikir tak?

Ramai takut nak tukar kerja, ataupun dah selesa dengan keadaan semasa. Nak luangkan masa tambah skill untuk bagi resume nampak cantik, banyak jer alasan. Nak tunggu company yang hantar pergi training.

Sebab tu career tak ke mana. Dan paling senang salahkan semua orang lain, tp tak pernah salahkan orang dalam cermin.

2. Cari pendapatan tambahan

Buatlah side hustle, grabrider ker ejen takaful ker, buat affiliate marketing ker. Banyak jer. Jangan jadi scammer atau jadi mangsa scam sudah. Masa ada, gunakan sebaik mungkin, bukan sibuk dekat social media mengadu yang korang ditindas. Tu kerja orang yang takde growth mindset. Semua orang ada masa yang sama banyak.

3. Kurangkan perbelanjaan.

Yang ni banyak benda boleh buat. Kalau isu korang hutang, pergi baca macam mana nak settlekan hutang. Banyak jer konten pasal ni. Kalau tak pergi AKPK.

Lepas tu tengok perbelanjaan lain. Kalau asyik makan luar, tempat2 yang mahal sikit, cuba buat budget dan cari option yang lagi murah. Jangan bergrab setiap hari.

Kalau terpaksa downgrade lifestyle, sila ambik tindakan. Kalau tiap2 hari gi kerja bawak kereta, tapi duduk KL, rajin2 lah naik public transport. Memang susah sikit, tapi akan jimat banyak duit bulan2 lepas tu masa dalam LRT ker komuter ker boleh dengar podcast2 ilmiah untuk tambah ilmu, keep up to date dgn perkembangan dunia.

Kalau asyik gatal nak beli handphone baru, takyah dulu. Guna lah sampai takleh pakai dah. Cancel semua kad kredit, BNPL. Fokus guna tunai sahaja. Benda2 ni lagha ja semua tu.

Pasal kahwin tu kan, kalau pihak perempuan taknak turunkan kos sebab malu, apa susah, takyah kahwin dengan perempuan tu. Fokus untuk memperkasakan kewangan dulu, lepas dah bersedia baru cari yang lain.

Tapi kan, aku cerita ni, mesti ada yang akan sentap, lepas tu cakap lah yang cakap ni senang. Memang cakap senang, nak buat tu susah.

Tapi nak tahu apa yang lagi susah? Susah untuk nak berubah. Orang nasihat lah macam mana pun, kalau dah ketegaq takleh nak buat apa2 dah.

Terpulang kepada empunya diri sama ada nak berubah atau tak. Dari pergi media sosial komplen gaji kecik terus jadi hina, apa kata kita cermin diri kita dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *