rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Buat bisnes untuk siapa sebenarnya?

Siapa yang pernah approach saya untuk tolong tengok2kan bisnes dia mesti tahu yang saya takkan start review bisnes dia sebelum saya faham keadaan kewangan peribadi bisnes owner tu.

Kenapa kena tahu kewangan peribadi dia dulu?

Sebab ramai bisnes owner buat sebab untuk keperluan dan kehendak peribadi dia. Bukan sebab nak berbisnes sangat, tapi sebab dia rasa dengan bisnes tu boleh bantu dia capai matlamat2 kewangan dia. (Pasal bisnes ni sebenarnya susah / risiko tinggi kita letak tepi dulu)

Bila saya dah tahu keadaan kewangan peribadi, baru saya tengok kewangan bisnes dan saya akan susun supaya bisnes dia punya visi dan strategi selari dengan keperluan dan kehendak peribadinya.

Jadi bila nampak komen dekat media sosial macam ni yang bising bila KA buka restoran yang fokus kepada T20 dan bukan B40, dan siap doakan supaya bisnes KA bungkus cepat, lagi lah nampak yang ramai orang tak faham kenapa orang bukak bisnes.

Bila kita buka syarikat, fokus kita ada nak dapat untung, jadi nak dapat untung kenalah dapat pendapatan dulu, kalau nak pendapatan tinggi kenalah target orang yang ada duit. Siapa ada duit? T20 ke B40? Benda ni fakta, bukan ikut emosi.

KA ada dia punya visi tersendiri kot. Kalau nanti dah sustainable empayar dia, mungkin masa tu dia boleh fokus untuk buat produk untuk B40 tak pun terus bagi bantuan macam zakat ataupun program CSR yang dapat bantu golongan yang memerlukan bantuan.

Untuk yang tak dapat nak pergi makan dekat situ, korang ni plan nak makan tiap2 hari ke? Aku dulu masa start kerja dulu, nak makan luar pun berkira, nak pergi tempat2 level macam restoran si KA ni mungkin setahun sekali untuk sambut special occasion macam ulangtahun perkahwinan ataupun harijadi.

Tak mati pun tak dapat pergi makan dekat sana. Makanan memang keperluan, tapi makanan yang harga mahal ni dah masuk level kehendak. Jangan nak FOMO sangat. Kalau kewangan dah sesak, fokus untuk sustain hidup korang tu.

Doakan jer KA punya restoran tu terus berjaya supaya nanti bila korang dah mampu, korang pun boleh pergi makan dekat situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *