rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kerja 12 tahun gaji RM 2,000

Bila terbaca komen ni, aku teringat perbincangan dengan salah seorang klien aku 2-3 tahun lepas. Ni baru lepas 1 tahun lebih dia ada pekerja, dan kitaorang tengah bincang pasal gaji pekerja2 dia.

Dia ada tanya pasal kenaikan gaji pekerja2 dia, berapa banyak dia kena naikkan. Sebab dia takut kalau dia naikkan nanti akan mengurangkan keuntungan bisnes dia atau lagi teruk bisnes dia akan rugi.

Sebelum aku share pilihan yang dia ada, aku suruh dia fikir masa dia sendiri mula kerja dulu lepas habis uni. Kenapa dia sendiri tukar kerja dan last2 decide buka syarikat sendiri.

Dia cakap salah satu sebab gaji dia tak cukup untuk nak buat apa2 yang dia rancang nak buat, macam beli kereta, beli rumah, kahwin dan sebagainya.

Aku pun bagitau dia yang kalau ko boleh fikir macam tu, takkan pekerja2 ko takde keinginan yang sama? Diaorang pun ada keinginan masing2. Jadi ko rasa cukup tak dengan gaji yang diaorang dapat kalau maintain macam sekarang?

Bayangkan diaorang pun buat keputusan yang sama macam ko buat dulu iaitu pergi cari kerja lain sebab diaorang nak capai matlamat kewangan peribadi diaorang? Ko boleh terima tak? Dah ready ker nak cari dan train pekerja baru?

Terus klien tu respond, mestilah tak. Jadi apa yang dia kena buat?

Kita akan set kenaikan gaji diaorang berdasarkan performance syarikat dan performance diaorang. Ye lah, kalau syarikat tengah rugi, nak dapat duit dari mana nak naikkan gaji diaorang pula kan? Tapi kalau syarikat dah untung, nak allocate 30% dari profit pergi gaji dan bonus diaorang insyaallah takde masalah.

Klien pun setuju dan kita buat keputusan untuk set target, dan kalau target tu capai, semua pekerja dia akan dapat extra RM 500 sebulan. Dia bagitau dekat pekerja2 dia dan alhamdulillah, tahun tu memang capai target.

Lepas pekerja dia dapat kenaikan tu, next time jumpa dia, dia bagitau yang motivasi pekerja dia dah lain dari sebelum ni. Sekarang diaorang dah jadi proaktif. Diaorang akan bagi feedback, suggestion macam mana nak bantu bisnes ni berkembang lagi sebab diaorang dah nampak macam mana diaorang akan dapat habuan kalau bisnes terus berkembang.

Syarikat klien ni pun dah naik revenue tahunan lebih 3x sejak dari tu.

Berbalik kepada komen asal. Untuk aku, syarikat kena bayar gaji bermaruah kepada pekerja. Kalau dah 12 tahun kerja, gaji masih RM 2,000, syarikat mengambil kesempatan atas pekerja tu. Untuk aku, kalau ko tak mampu bayar gaji pekerja, jangan berniaga. Ada isu dalam pengurusan kewangan bisnes ko, menyebabkan ko tak mampu bayar gaji yang setimpal dekat pekerja ko.

Tapi kalau ko mampu, dan ko saja taknak bayar, aku tak tau nak cakap apa lah. Aku harap pekerja2 ko nampak perangai ko yang sebenar dan diaorang pergi cari kerja dekat tempat lain yang setimpal dengan pengalaman diaorang.

Untuk suami kepada tukang komen tu, takyah ada perasaan kesian dekat orang bawah dan syarikat tu. Sebab dengan ko buat macam tu, benda ni takkan berubah.

1. Famili ko sendiri tersepit. Duit tak cukup untuk keperluan keluarga sampai kena buat kerja dekat luar.

2. Kewangan ko sendiri ada masalah. Sebab majikan ko tak bayar pun EPF dengan SOCSO. Benda tu wajib. Kalau report dkt pihak yang berkaitan, tindakan akan diambil.

3. Majikan akan rasa benda yang dia buat tu betul, jadi dia akan terus buat sebab takde orang bising / komplen.

4. Orang2 bawah ko pun akan terkesan. Ye lah, gaji HoD pun RM 2,000, gaji orang bawah ntah berapa lah plak?

Paling busuk pun pada pendapat aku, kalau gaji Manager IT untuk SME lepas 12 tahun bekerja patut dalam range RM 4-5k dah. Kalau start gaji RM 1,700 dan ada kenaikan gaji 3% setahun sebab inflasi ker pun, gaji patut dalam RM 2,400 sebulan.

Untuk 12 tahun tu, kalau assume ko memang tak dapat EPF dan gaji ko statik, ko dah hilang dalam RM 56,000 lagi dari caruman majikan.

Tapi yang kena buat keputusan tu ko. Kalau ko tak nampak macam mana keputusan ko sekarang sebenarnya tak membantu siapa2, ataupun ko nampak tapi taknak ambik tindakan yang sepatutnya, takde benda lain aku boleh cakap sebab ko yang dah pilih untuk hidup macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *