Semalam duduk rumah sebab nak tunggu orang datang install solar dekat rumah. Dia bagitau nak install solar ni akan ambik masa sehari atau maksimum dua hari.
Dia cakap akan start pukul 9 pagi, dan memang team site datang pukul 9 pagi. Kagum jugaklah.
So, diaorang datang, check site semua, lepas tu dia panggil nak discuss something. Ada isu untuk nak install. Dia cakap kena tunggu PIC datang lepas tu discuss.
Oklah. Kita tunggu. PIC sampai dalam pukul 1130. Sementara tu semua pekerja (dalam 5-6 orang duduk jer tunggu, sebab takleh start kerja).
Lepas PIC datang, dia bagitau, yang semalam tu tak boleh nak proceed dengan installation sebab ada teknikal. Dia cakap,
1. Ada shadow, dan ni akan kurangkan efficiency solar panel dan menyebabkan tak dapat capai generation yang diaorang projected
2. Beam untuk nak secure solar dekat bumbung nipis jadi takut kalau pasang, kalau ada ribut nanti solar panel boleh tercabut.
3. Nak install solar dekat bumbung belakang rumah ada isu dengan access, so mungkin takleh nak install yang menyebabkan original number of panels akan tinggal separuh.
Lepas dengar tu, kita pun tanya lah. Kenapa awal2 masa sales team datang buat survey ni semua, dia tak highlight semua benda ni. Kalau tau dari awal kan senang.
PIC tu cakap, dah banyak kali dah bagi feedback. Tapi diaorang masih buat juga. Dah banyak kali dah masa nak install, tak leh proceed sebab benda2 teknikal.
Skrg ni kena tunggu sales team datang balik untuk bagitau what’s next. Kemungkinan macam takleh install selagi tak renovate bumbung rumah rasanya. Banyak lah pula lagi modal nak kena keluarkan untuk nak jimatkan duit. Nak kena buat financial modelling tengok berbaloi tak nak tukar atau tak.
Dah lah hari tu dah upgrade dari single phase pergi 3 phase. Skrg ni kalau dah tak boleh install solar macam rugi lah plak.
Dan sebab solar mungkin takleh install, mungkin EV car pun mungkin tak proceed untuk nak beli. Hmmmm..
Apa yang boleh belajar dari kes ini?
1. Plan boleh plan, tapi kalau plan tanpa data yang accurate, outcome dia mungkin akan jadi luar jangkaan.
2. Sales punya team, bila buat kerja tak betul / tak lengkap akan bagi kesusahan bukan sahaja kepada site punya team tapi juga kepada pelanggan dan ini akan menyebabkan customer punya satisfaction akan turun.
3. Nak jimat duit, mungkin kena keluar duit lagi banyak dulu. Jadi kena betul2 faham cost benefit analysis sebelum nak proceed.
Siapa yang lain ada pengalaman yang sama? Tak kisahlah dalam nak insyaallah solar ataupun apa2 servis yang lain?
