Dah lama plan nak cakap pasal topik ni sebenarnya, tapi asyik dapat idea untuk tulis pasal benda lain jer.
Lepas bangun pagi tadi, dalam duduk fikir pasal nak tulis apa hari ni, tiba2 ternampak screenshot ni time tengah scroll FB.
Pada pendapat aku, ada perbezaan antara kedekut dengan cermat.
Aku ada seorang klien ni, kalau orang tak kenal dia, dan jumpa dia, akan ingat dia ni kedekut. Taknak keluarkan duit selagi boleh. Tapi aku faham mindset dia.
Kalau dia nak keluarkan duit yang dia dah usaha sungguh2 nak cari tu, dia nak pastikan nilai yang dia akan dapat dulu. Kalau dia tak sure nilai apa yang dia akan dapat, dia akan berhati2.
Nak ambik staff kali pertama dulu untuk bisnes dia, berbulan2 kitaorang bincang, last2 bila dia mula faham nilai yang staff tu akan bagi dekat bisnes dia, dia proceed. Skrg ni, dia pula dok tanya bila boleh tambah staff lagi sebab dia dah nampak nilai yang staff boleh bawak dekat dia.
Sama juga bila nak bagi incentive / bonus / kenaikan gaji dekat staff. Mula2 dia mmg susah nak bagi, sebab dia nampak benda tu akan naikkan kos. Dan akan kurangkan profit dia. Tapi lepas dah explain dekat dia kenapa kena bagi dekat staff, dia agree nak buat. Lepas dia buat tu, performance team dia naik dan bisnes dia untung lebih dan dia pula yang tiap2 tahun tanya nak setting target dan incentive macam mana untuk bagi staff dia terus motivated.
Macam ni engage aku lah. Skrg ni dah 5 tahun jaga kewangan peribadi dia dan 4 tahun advice dia untuk bisnes. Kena bayar juta. Tapi alhamdulillah dia terus happy untuk bayar (takyah ingatkan pun pasal invoice). Dia pernah juga pergi external coaching dengan company lain, tapi lepas setahun, dia buat keputusan untuk stop.
Klien ni contoh orang yang cermat bukan kedekut.
Aku pun sama. Aku jenis ok bayar tol kalau nak gi mana2 sebab aku tau bayar tol tu dapat kurangkan masa atas jalan raya. Sama juga install solar dekat rumah sebab dapat kurangkan bil elektrik bulan2. Tapi aku tak sanggup bayar ribu2 sebulan untuk bulanan kereta sebab aku tak nampak nilai untuk bayar dekat bank amaun banyak2 mcm tu tiap2 bulan.
Biarlah ku dengan Perodua ku…..
Kalau kedekut plak, seboleh2nya dia taknak keluarkan duit. Kalau nak keluar makan boleh, janji orang belanja. Akan berkira2 pasal perbelanjaan kalau dia keluarkan duit, tapi kalau orang lain yang keluarkan duit dulu, dia akan buat2 lupa pasal nak bayar balik.
So, walaupun nampak sama, sebenarnya orang yang cermat ni ok jer nak berbelanja berbanding dengan orang yang kedekut.
Sebagai seorang financial plannner, saya sokong semua individu yang berjimat cermat dalam menguruskan kewangan mereka. Teruskan usaha murni anda.
P/S: Kalau ikut contoh dalam screenshot tu, aku rasa boleh jatuh kategori kedekut.
