rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Cakap tak serupa bikin

Dulu masa belum masuk bidang kewangan ni, pernah kena approach dengan ejen unit trust, ejen MLM dan macam2 lagi.

Ada sekali tu ada kawan yang approach, dia cakap nal cerita pasal investment product yang company dia buat. So kita agree nak jumpa, sebab nak tahu produk apa.

Masa jumpa dia tu cerita lah pasal produk dia. Dari Indonesia, pasal emas dan boleh buat dalam 8% sebulan. Masa tu semua red flag dah nampak, tapi kita tanya satu soalan simple.

Ko buat tak?

Jawapan dia straight forward. Aku tak buat, sebab takde duit lagi.

Kita pun bagi lah satu cadangan yang bernas.

Apa kata ko ambik pembiayaan peribadi, baru dalam 8-10% per annum. Lepas tu ko labur dalam investment ko ni. Tak lama lepas tu ko dah dapat modal balik dan boleh bayar balik financing tu. Ok?

Dia jawab, tak berani nak ambik financing.

Last2 aku bagitau dekat dia, kalau ko sendiri tak berani ambik risiko nak invest dekat mana, kenapa ko approach prospek untuk buat benda yang sama. Ko kena walk the talk dulu.

Tak sampai sebulan lepas tu, dia berhenti jual investment tu. Tak tau lah apa jadi dekat investment tu lepas tu.

Benda yang sama aku apply untuk kewangan aku Benda yang aku advice klien bukan sahaja dari segi teori, ataupun praktikal (buat dkt klien lain), tapi dari pengalaman aku sendiri guna produk yang sama.

Macam nak mula labur dalam kripto dulu. Aku tak galakkan klien invest sebelum aku mula dan faham apa itu kripto. Jadi untuk faham, aku masuk dulu.

Sama juga dekat P2P, Private Equity, Private Mandate dan lain2 lagi. Semua aku buat dulu. Bila cakap dekat klien, aku boleh tunjuk akaun aku, jadi kepercayaan diaorang dekat aku jadi tinggi sebab diaorang nampak aku bukannya jenis cakap tak serupa bikin.

Nak dapatkan kepercayaan dari orang lain tak sesusah mana. Kena transparent, kena tunjukkan bukti dan kena walk the talk. Insyaallah klien boleh ada trust dengan kita. Tapi jangan pula lepas dah dapat kepercayaan tu, kita ambil kesempatan.

Sebab sekali trust dah hilang, dia mungkin akan hilang selama-lamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *