rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Anak ada kelebihan bila parents ada financial flexibility

Semalam masa jumpa klien, kitaorang ada berbincang pasal topik ni. Di mana kalau parents ada kebolehan dari segi kewangan untuk support anak dia, anak dia akan ada kelebihan berbanding orang lain.

Aku percaya yang hampir semua parenrs nakkan yang terbaik untuk anak2 diaorang. Tapi bila ada macam2 komitmen / keperluan yang mendesak, kita kena prioritize apa yang mampu dengan apa yang tak boleh nak buat.

Memang bila parents mampu, dia boleh hantar anal dia pergi tuisyen, ambik private tutor ataupun hantar pergi sekolah private / antarabangsa berbanding dengan hantar sekolah kebangsaan. Pada masa yang sama, parents yang mampu boleh bagi exposure dekat anak2 dia, macam sukan, music, hobi termasuk experience budaya negara lain bila pergi berjalan.

Kalau ada program2 tambahan masa cuti sekolah macam programming camp ker, parents yang ada kemampuan boleh jer hantar anak diaorang untuk explore nak tengok sama ada diaorang minat ke tak.

So memang tak dinafikan bila parents berkemampuan, anak2 akan dapat kelebihan. Tapi bergantung juga kepada anak2 sama ada diaorang boleh menggunakan kelebihan yang diberikan untuk terus maju ke hadapan.

Lepas tu, bila anak2 dan besar, parents yang berkemampuan boleh terus support anak2 tu dalam apa2 bidang yang mereka nak ceburi. Banyak billionaire sekarang, bukan nak cakap diaorang tak pandai, tapi diaorang boleh ambil risiko untuk buat apa yang mereka nak awal2 dulu sebab support dari segi kewangan yang parents diaorang bagi. Jadi dari segi risiko jadi negligible sebab ada orang payungkan.

Tapi ada kelebihan atau bakat, tak semestinya menjamin yang kita akan berjaya. Ramai jer orang yang berkemampuan atau berkebolehan, last2 tak ke mana sebab dia tak menghargai kelebihan yang diberikan.

Kalau guna contoh pemain bola, dulu ada seorang player ni nama dia Paul Gascoigne. Kira patutnya jadi antara pemain terbaik dekat dunia. Tapi ramai orang yang mengikuti suka bolasepak mungkin tak betul2 kenal dia siapa sebab dia gagal untuk menggunakan peluang yang dia ada. Ni satu jer contoh. Kalau kita tengok semua jenis sukan, ataupun apa2 bidang, kita akan nampak banyak jer contoh yang bila kita tengok tu, kita akan terlintas dalam hati, kalaulah aku dapat peluang yang sama macam dia tu, kita takkan sia-siakan.

Kesimpulannya, memang bila kita dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan, kita akan ada kelebihan berbanding orang lain. Tapi kalau kita sendiri takde kehendak atau tidak menggunakan kelebihan yang ada, kemungkinan besar kita pun takkan ke mana.

P/S: Kelebihan ni bukan sahaja dari segi kemampuan, ada ibu bapa mungkin tak mampu sediakan kelebihan dari segi kewangan, tapi diaorang mampu bagi kelebihan dari segi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *