rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa limit kita?

Sekarang selalu tengok update pasal politik dekat US. Ye lah, apa2 jadi dekat US impak dia dekat satu dunia. Klien pun ramai yang melabur dekat fund dekat US yang patuh shariah.

Mesti semua orang tahu kan siapa presiden US skrg. Takyah lah sebut nama dia. Sejak dia naik, tak sampai setahun pun lagi, macam2 isu / skandal yang dia buat / terbabit macam dia tiba2 kenakan tarif kepada satu dunia, untuk siapa2 yang nak export barang ke US. Dia siap cakap negara yang export ke US tu yang akan bayar. Harga barang dkt sana akan jadi lagi murah. Tapi realitinya terbalik. Yang bayar tariff tu adalah importer US, dan diaorang passkan kenaikan tu kepada rakyat. Ye lah siapa nak rugi, betul tak?

Baru2 ni pun ads government shutdown dekat 8 minggu, ramai pekerja yang tak dapat income.

Dalam keadaan kewangan rakyat sana makin teruk, lagi2 golongan petani yang support dia, disebabkan tariff tu, China tak beli soybean langsung dari US tahun ni dan beli dari Brazil dengan Argentina. Lepas tu dia boleh approve order utk bagi bantuan US 20 Bil dekat Argentina lagi.

Semua ni dan banyak lagi terjadi tak sampai 12 bulan. Tapi orang dekat US especially penyokong2 dia masih support dia lagi.

Tapi ada satu isu yang dia takleh nak tepis, iaitu isu pasal Epstein files. Kenapa susah nak tepis? Sebab dulu dia cakap dia nak release the files bila jadi president tapi lepas jadi, dia tukar fikiran.

Kenapa penting sangat Esptein ni? Utk yang tak tau, Jeffrey Epstein ni adalah seorang pedophile yang buat s** trafficking ring kepada golongan2 elite. Dan dikhabarkan president terlibat sama. Dalam kapasiti apa, tak sure.

Orang2 dkt sana, banyak benda diaorang masih boleh terima, tapi kalau apa2 jadi dkt budak bawah umur, tak kisah lah isu pedophile ataupun isu genocide dkt G***.. public perception start tukar lepas fokus dia tunjuk apa terjadi dekat budak2 dkt sana….

So itu limit diaorang…

Setiap orang ada limit kita sendiri. Tak kira dalam apa jua keadaan. Kalau orang yang sabar pun, kalau kita asyik tekan dia, sampai satu masa dia meletup.

Sama juga dalam bidang kewangan

Kita masing2 ada limit kita. Kita akan ada satu tahap yang menyebabkan kita akan mula ambil tindakan untuk berubah

Untuk saya, saya ubah cara saya urus kewangan sebab apa yang jadi masa saya belajar dkt US dulu. Tak uruskan belanja sampai nak beli daging ayam dalam 3 USD pun kena swipe tiga kad kredit yang berbeza. Sebab kejadian tu, saya tekad untuk ubah macam mana saya uruskan perbelanjaan.

Ada juga klien saya, yang datang jumpa lepas duit simpanan dah habis dan kad kredit makin penuh sebab dah tak tahu apa nak buat dah.

Ada juga yang, datang jumpa sebab orang kenalkan. Tapi dia rasa keadaan kewangan dia masih ok. Sebab bisnes masih profit, boleh lagi nak kembangkan bisnes. 6 bulan lepas tu datang jumpa balik sebab dah tersalah langkah. Keputusan2 yang dah dibuat mendatangkan bala. Jadi baru nak cari solusi nak balik ke pangkal jalan.

Ada juga klien yang datang jumpa sebab dah stress sangat dekat tempat kerja. Dia dah sampai level yang dia ingat nak berhenti jer, tapi nak dapatkan confirmation, adakah itu keputusan yang betul?

So, persoalan dia, apakah limit korang? Sebelum korang akan mula ambil tindakan untuk uruskan kewangan dengan lebih baik

P/S: Nilai matawang ringgit makin mengukuh ni..dah sampai limit ke untuk buat plan nak gi bercuti lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *