rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Hutang wajib bayar!

Ada influencer share pasal dia tak nak ambik loan rumah sebab taknak terlibat dengan riba. Dan dia dalam proses nak settlekan loan kereta dia atas sebab yang sama.

Aku nak komen sikit ja pasai tu, sebab aku bukan penasihat syariah pun. Dan dah ramai orang komen pasai tu.

Untuk aku personally, kalau ada orang yang berautoriti dalam bidang dia cakap pasal benda yang dia expert, aku ok jer nak ikut. Contoh, dulu pasal fatwa ASB, ramai juga argue pasai benda ni, tapi aku pakai apa yang majlis fatwa kebangsaan cakap pasal hukum dia harus. Kalau anytime majlis fatwa tukar dia punya pandangan, hari tu juga aku bawak keluar duit aku dari ASB.

Sama juga dengan makanan. Kalau makanan tu ada cop halal jakim, aku tak soal. Kalau benda tu aku nak makan, aku makan. Kalau tiba2 Jakim tarik balik sijil halal tu for whatever reason, aku akan stop makan benda tu serta merta.

Aku tau ramai yang question pasal islamic finance, cakap dari segi structure tak beza dari conventional finance. Percayalah, aku dulu termasuk dalam golongan yang sama. Aku background engineering, jadi aku tengok input and output, dan calculation nampak macam sama. So untuk aku takdak beza.

Sampai lah, aku mula belajar pasal islamic finance dengan IBFIM. Belajar dengan Zarinah MY dan rakan2 pengajar yang lain. Masa tu, view aku berubah, sebab aku dah ada knowledge. Aku mula faham, benda tu nampak sama, tapi secara structurenya tak sama.

Tapi post ni bukan pasal nak cakap pasal islamic finance vs konvensional.

Aku nak cakap pasal konsep hutang, dan hutang ni wajib bayar.

Aku dulu scholar TNB. Mana mampu nak bayar belajar dekat universiti luar negara. Jadi syukur sangat2 dapat scholarship dari TNB tu.

Walaupun lepas habis belajar dulu, dapat jer option untuk kerja luar negara, boleh jer nak bayar bayaran pecah kontrak, tapi aku fikir, orang dah bayar untuk kita, kita kena lah give back. Sebab tu aku balik.

Tapi lepas start kerja dengan TNB, rezeki aku tak lama. Tak sampai 3 tahun, direction aku dengan TNB tak align. So aku buat keputusan untuk pecah kontrak, dan di arahkan untuk bayar balik dalam RM 130,000. Lepas appeal, dia bagi aku 7 tahun untuk bayar balik tanpa apa2 faedah / keuntungan yang dikenakan. Ni semua jadi awal tahun 2007.

Tiap2 bulan lepas tu aku bayar sikit2 sebab tengah nak kumpul duit, tapi lepas aku balik kerja dari Oman, dan mula kerja dekat TalentCorp, duit aku dah cukup untuk nak bayar semua. So aku buat keputusan untuk settlekan baki bayaran pecah kontrak dengan TNB pada awal tahun 2011.

Kalau dari segi pengurusan kewangan, tak masuk akal nak buat full settlement awal sebab takde faedah / keuntungan yang dikenakan. Tapi aku bayar sebab nak settlekan hutang aku dengan TNB dan nak lepaskan tanggungjawab yang ada supaya duit tu boleh guna untuk orang lain lepas tu.

Lepas settle hutang dengan TNB tu, rasa dia mmg best sangat2. Mungkin sebab amanah dan tangunggjawab dah settle. Rezeki pun makin murah lepas tu.

Kalau kita memang tak mampu nak bayar hutang kita, pergi discuss dengan orang yang bagi hutang dekat kita. Mungkin boleh bincang macam mana nak proceed. Diaorang pun sebenarnya malas nak kejar kita. Orang tu dah bantu kita masuk kita perlukan, kenapa kita nak susahkan diaorang pula?

Kalau kita memang mampu, bayarlah hutang kita. Jangan culas. Jangan pergi jalan2 travel satu dunia, tapi hutang dengan orang kita tak bayar2.

Kalau masa pengurusan harta pusaka pun, hutang yang kita tak bayar tu orang boleh tuntut dari harta pusaka yang kita tinggalkan. So siapa2 yang bagi hutang dengan orang, simpanlah documentation untuk claim. Kalau takleh claim masa hidup, kita claimlah dari waris dia masa dia dah takdak nanti.

Tu jer nak share… nak buat apa dengan sharing terpulang lah. .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *